Sunday, 29 December 2013

fahmi yang membolat

selamat malam.
hamboih tajuk..haha. gambar pulak tak ada. bukan apa mls sungguh nak cocok cocok wayar dr lappy ke haset. eh terbalik. hset ke lappy. bila menulis dr hset takleh nak upload gambar pulak. haih taktau la pasaipa. haha. nanti bila kita rajin kita upload lah
 

Friday, 20 December 2013

cuti dah nak habis

salam

dah 21.12.2013

ini bermakna cuti akhir tahun dh nak habis. cuti bersalin gue pun dah  nak sampe ke hujung. huhuhu.... seronok la dok umah ni.

omi anak terunaku ketiga dah dua bulan. pi timbang 5.9 kg. alhamdulillah jenis badan naik budak ni. saya suka saa suka. hihi

oh.... bila nak upload gmbr omi dlm blog ni. selalu nya online pkai s3 ja. huhu.. nak upload gambr tokleh. awat tah. ada la tu setting yg i tak reti nak buat tu. huahua

cuti kali ni macam acam dugaan gak la. ayah masuk wad, kete rosak tengah hway ( highway karak tu) .. ada lg ka? hehe yg tu ja kot, cuti ni 2 kli p kuanta. nak pi gambang katanya. pi kali pertama ayah ada dlm wad lg. dah plan pi hr isnin. hr ahad ayah masuk wad seb penat. memang serba salah. rasa cam nak kensel tp tak terluah kat suami. tgk ayah cam ok ja sebab penat bias tu yg gagah p gak.

tu la .... benda nk jadi. sampai sana hujan tak berenti plus banjir lak. hari selasa berlepas blik png semula. hr selasa tu la masa atas hway terlanggar mentang apa tah atas hway. tangki minyak bocor. aduh.... mujur kami semua tak ada pa pa. melayang 1500. tp nyawa lg penting kan.

hari rabu bw depa p bkt merah. mandi kat situ. sebelum p tgk ayah dulu. sihat dia. dah leh balik. hari khamis p zoo. balik singgah cenaam tgk keadaan ayah . ayah ok dah. legaaaa.

isnin 16.12.13 kmi pi balik kuantan. dptla pi gambang waterpark n wild safari. balik esoknya singgah putrajaya jalan jalan. naik cruise pun syok. malam tu leth dah tidoq kat rawang.

zzzzzzzz

ok
en omi  apa cerita???

omi ni budak baik. langsung tak nyusahkan. kalau tidoq dia kena ganggu dia mengamuk la. tp mengamuk tak panjng. mungkin status da anak ketiga kot. hahaha... malas layan kerenah abang2 yang mcm mcm tu. kihkih

lain kali i upload gambar la ye. hihi

bubai

Thursday, 21 November 2013

menghitung hari nak merdeka

NGeh ngeh.... dah 40hari. Fuh macam lamaaa je tunggu habis pantang ni.  Pantang kali ni nampak sihat sikit. Kena la sihat sb ezam jth time dlm pntng. Hari ke 26 27 28 & 29 exam. 3paper stesi ja I jawab. Mai last pepar kalkulus blur semacm. Rasa buta terus dah. Tak boleh jawab lanhsung. Huhu. Paper ni kompom I kena ripit. Huhu.

Memandangkan I sihat je n mak dak balik kg hari 29 yg lalu, suami hangkut kami anak beranak blik perlis. Tak boleh nk exkius sebab peksa boleh ambik. Blik kg lena ja pun tak kan tak blik kot.

Hehe...peace.

crita bab berpantang tak de yg special sgt. Kali ni beli set berpantang tanamera n shaklee. Best sgt pakai set2 ni. Kira ngam la. Haha.

SElalu pantang mmg dok ngn mak sampai 44++ hari. Masa mak mai jaga pntng azizul dulu mak tunggu smpai lepas. Kali ni km ulang alik cenaam. Seminggu kt cenaam, seminggu kt rumah , cenaam balik pastu kt rumh smpai hr ni. Ulang alik sb ayah kdg tak sihat. Kesian pulak kat ayah kan.

Lepas mak blik rutin mmg berubh. I kena mandikn bby sendiri. Suami tak berani nk mndikan. I pun tak percaya nk biar dia mndikn. Haha. Kejam I ni.

BAb mask pulak jgn tak caya , suamiku yg msk. Dia bgn 5.30 pg masak utk bini dia. Huhu terharu.

Bertungku tinggai 2kali sehari. Tu pun jenuh kena ingtkn suami. Pendek kata sekali nk bertungku sekali kena suruh. Mmmmm ... mssa mak ada 3 kali I bertungku sampai I sendri komplen tanak tungku. Sekali komplen ha tadahla telinga dgr mak membebel. Hihi.

Satu ja kt mak yg I akan remembet forebe... kalau nak langgar pantang badan sendiri yg kena tanggung. Bukan org lain.....

Sebb kata kata tu I cuba pntg sedaya boleh. Huhu.....

Di kesempatan ni nk ucap byk2 terima kasih kt mak yg jaga anak dia sungguh-sungguh. Sampaikan masa blik prlis mak mentua punya la tkt kalau I silap mkn. Tkt nnti mak I marah dia biar I mkn mcm mcm. Haha.

Terima kasih kepada suamiku juga. Hehe.

zulfahmi dah sebulan

Yeay dah sebulan umur sayang ibu. Hari ni 33 hari dah. Bg ibu punyala lama sebulan ni.

Monday, 4 November 2013

exam dalam pantang. sgt mencabar. wiwiwiwi

Hari ni 24 hari berpantang. Rasa sihat la sikit. Lagi 20 hari merdeka lah. Huhu

SEmalam kemain lagi abah n wira g makan cendol maklum. Terliur I kat sini. Tp abah promis lepas ibu habis ptg nak bawa ibu p makan kat mana saja ibu nak. Utk rekod masa lepas bersalin azizul dia bawa la. Kami pi makan oldtown (time ni bantai iceblended.....patutla peyut muncit kot).., pizza, secret recipe n ada lg kot dah tak ingat.

 PaSti lepas je pantang terus kena g. Kalau lama lama baru nak gi satgi dia tak kesian dah. Dah dikira terlampau. Ngeh ngeh ngeh.

.... lagi 2 hari nak exam sem 4. Adui langsung tak baca apa pun. Kalkulus lak tu. I macam sua tengkuk ja bagi fail ni. Hahaha

 8 9 & 10 nov start exam. Mujur la semua sesi ptg. Kalau dua sesi jenuh lengus la I ngan susu banyak tentu kena pam la bagai kan. Huhu. Syukur syukur. Bab ni setel bab nak jawab exam tu tentu dah kena harunh juga kan. Kalau sihat tak berpantang pun bukannya studi sgt. Kan nenek kan kan

BAyi fahmi cepat je naik berat dia. Alhamdullah. Kalau mau makan naik la berat tu. Masa 10 hari misi timbang 3.2 kg. Masa lahir 2.86kg. Ha cer kira berapa berat yang bertambah tu. Haha cikgu mate le katakan. Mesti ada unsur kira mengira. Haha poyos.

Masa 20 hari dah jadi 4 kg. Alhamdulillah. Semoga fahmi memembesar dengan sihat dan kuat. Bukan apa satgi fahmi kena buli pulak dengan abang wira n abang jijun. Hihi.

.... sampai takat ni dulu.cowcincau.

Sunday, 3 November 2013

bayi ketiga. muhammad zulfahmi

Assalamualaikum. Debub debab dah bersalin pun maknani. Hadoi la. Cepat kan masa berlalu.
Nendiaaaa..... cute baby boy. Kami ......opps suamiku hokey namakan bayi ketiga ni muhammad zulfahmi. Zulfahmi abah dia yg pilih. Aku tambah kan muhammad kat depan tu. Org kata kena buh muhammad . Since dua abng nya takdak muhammad I boh la kt bayi ketiga bertuah ni.

Seminggu sebelum bayi fahmi ni keluar abah nya kena pi pangkor ada pl. Maklumlah org kelas pj. Ngeeeee.....

Since abah kena os, I ajak la mak teman seminggu. Kot kot la nak terberanak. Minggu tu dah 37weeks preggy. Memang nebes sebab abang wira keluar 37weeks preggy youuuuu.....

SEpanjang seminggu tu memang tak dak tanda la. Siap p padang ajar pj tau. Huaaaa. Sebenaqnya taknak dah pi padang tp budak2 mana la depa tau cikgu depa ni dah sarat benor aih.

MInggu tu jalan pun tak daya dah. Meleret semacam dah. Haha. Tp boleh pi jalan lg kat pasar malam. Dah mak ada tu I bantai le beli ketam
 Suh mak masak. Haha. Hari jumaat tu siap tak g makan kantin sebab nak melahap ketam yg mak masak tuh.haha

PEtang tu hantar mak balik kg. Hari sabtu memang dok merebah ja. Tak tlg pun mak masak. Haha baguih punya anak ni.

SEjujurnya memang tak rasa sakit apa pun. Tak perasan langsung la. Huhu. Malam sabtu tu I drive balik btm sebab suami dah sampai rumah dr p pangkor. Kul 8 kami tiga beranak pun bertolak dr cenaam. Separuh jalan dua orang hero dah lena. Hehe. Nutnite abang n adik.

DLm kereta tu baru aku perasan macam sakit je macam sakit je macam sakit jeeeew. Haha . Pastu kira timing nya setiap 7 minit I rasa sakit.

AYakkkk...... dah kontraksi la ni.

Sampai ja rumah I siap kata kat suamiku...... abang jgn marah ibu tau....dalam keta td dok sakit setiap 7 minit. Huhi...

Terbeliak biji mata suami . "Takkan la nak marah pulak. Dah sakitt. Pastu camana?"

Soalan tak bleh blah btui.

Pergi sepital laaa.....

Ok....dengan kelaparan suamiku makan dgn gelojohnya. Dia pesan boklik makanan. Dah kebulur katenye. Kemas barang masuk dlm bonet. Jiran depan rumah tanya nak pi mana.

Sepital le.

Dah sakit iyeeee..

A ah.

Ok gud luck.

Thanks.

 xoxo

Ok.... abang n adik yg dah lena dan dah diangkat letak atas toto kena angkat balik boh dlm keta. Than pi rumah pengasuh. Hadui cemas tul.

Sampai d hosp kulim dalam pukul 9.30mlm kot. Lepas daftar terus p dewan bersalin. Nak masuk dewan bersalin ni part yg paling mengusik jiwa hati nurani.

Salam dan mintak ampun dr suami.

Huhu.....

Lepas salam terus masuk dewan bersalin dan tak pandang belakang dah. (I rase ni petua utk mudah bersalin....dont look back.!)

Ok prosuder biasa utk ibu nak bersalin. Tanak cerita. Malu weh.

Masuk lAbour room.

Bila buat ctg graf nya tak cantik. Terus nak buat ceser tau. Tidakkkk. Tanak secer. Tp apakan daya untuk keselamtn bayi kena la juga. Huhu. Ai pun redha dah masa tu kalau kena bedah pun. Untukmu sayangku.....

Lepas pecahkan air ketuban, misi dok kata kak cepatla beranak.

Omaigod.... camana ai nak buat bg cepat beranak ni.

Doc india tu berkeras tanak bawa ai p ot. Dia kata servics I soft very good for normal delivery.

Huhu.... servics soft ai taktau. Softlan I tau la. Huahua

Nurse yg veteran sikit buat tegas kena operate jugak. Ah.....

Tup tup dalam 12 lebih bayi dah nak keluar. Nak keluar sgt sgt. Doc n nurse tak sempat nak ajar pa pe.

Kak tunggu sat kak. Jgn push lg.

Aiyak baguihnya permintaan depa .

Bayiku nak keluar juga. Tak bleh tahan. Aku push juga la.

Akhirnya bayi fahmi keluar dgn sihat dan selaMat.

Kena jahit jugak. :'(

Ok ... segalanya amat pantas. Sampai takdan nak panggil suami masuk. Huhu.

Tak dapat la abah tgk bayi fahmi keluar.

Takpa la janji semua dah selamat. Tak payah opert kan.

Pengalaman masa azizUl bawa barang bayi sikit saja sebab semalam ja dok wad kan. Rupanya masa azizul kena tahan dua malam.kain Lampin azizul tak ckp tau. Haha.

Kali ni bawa punya la banyak. Macam nak duduk sebulan.

Punya la terkejut sebab petg tu juga boleh balik rumah. Takdan 24 jam. Haha best jugk. Tanak dok sepital lama lama. Baju n kain lampin bayi fahmi guna selai ja. Haha. Yg bertukar diapers je.

Kul 6.30 ptg km balik rumah. Balik cenaam sebab nak raya haji.

Bayi fahmi lahir 13.10.2013 pukul 12.33 am. Tarikh lahir sama ngan tarikh arwah abang mid pergi menemui penciptanya. Bayi fahmi berkongsi tarikh lahir dgn anak abang lan si basyirah. Tak sangka pulak tarikh yg penuh kenangan . Pahit dan manis.

:-)

Hehe...pjg pulak. Macam syok sendiri.

Hehe. Memang syok n bersyukur dpt lahirkan 3 org putera utk suamiku.

Menanti puteri pulak lepas ni.

Lol!



Wednesday, 11 September 2013

34 weeks oredi

Salam merdeka.
Dah 8 bulan lebih. Tengah berdebar tunggu kehadiran org baru.
Harap dipermudahkan. Ameen

Monday, 15 July 2013

salam ramadhan

Dah hari ke7 puasa. Baru nak tgk bloq. Sempat lg nak ucap selamat berpuasa ni. Hihi

Kandungan dah 6 bulan lebih. Hari ni mc sbb bangun sahur td perut memulas cam apa ja. Plus tak larat sama. Semlm tak msk. Semua beli. Air pun beli. Bawa abang wira yg puasa tu semua air dia nk beli.

Abah pulak jeling jeling sebab kerap kena bka wallet. Haha. Demi ank bujang yg gigih pose n bini yg sarat ni dia redho aje la. Haha.

K bai

Thursday, 30 May 2013

pi mana cuti nanti????

Cuti akan datang lagi.

Nak ke mana ye. Sekitar semenanjung je kot. Sebab tiket fligth tak tempah pun. Ewah mcm la harga tiket kapal terbang sama dengan tiket ketapi kot. Haha. Kalau tempah nanti ada ka duit nak bayaq.


bersiaran dr cameron highlands

Salam pg jumaat.

Anak sulong dan abah dok kroh kroh lg. Mn dan jijun dah jaga. jijun dah siap mandi. Mak dia belum mandi lg.kekeke..

Sejuk sejuk ni syok la tidoq. Mn klau dh bgn tak bleh tido blik dah. Ni yg leceh ni. Hua hua

Semlm km bertolk lepas zohor.  Sampai ch pukul 5.30 ptg. Sampai je terus g hotel yg pernah duduk dulu. Tk book pun. Mai terjah saje. Mujor dpt hotel. Org ramai dah cuak dah. Rezeki km la tu. Alhamdulillah.

oh ya pg semalm pi check perut. Dah mingu ke 19.  Minggu depan dah minggu ke 20. Dh lima bulan. Moga di permudahkn.

Checkup smlm takdak mslh pa. Kptsn mgtt dah keluar. Bacaan atas pgr je. 7.7 . Lg 0.1 je nk kena kencing manis. Aiyo..... perut 7 bln kena buat lg mgtt. O mak...... tak sanggup.

Okeh la. Jijun dah lapaq. Dah kejutkan semua org  . Boss dah suruh mn mandi tu. Mn suruh dia mandi dulu. Haha. Satgi lepas dia mandi tgk mn dok belek s3 lg. Mau mengamuk dia. Haha. Chowww

Adioss

Sunday, 26 May 2013

selamat bercuti

Sek cuti dua minggu. Dengar mcm best kan. Tp cikgu sekrg bukan mcm cikgu dulu. Banyak betui kerja yg nak dihabiskan dlm citi ni. Mana mana kerja yg tak dan siap postpone ke hr cuti lah. Oh cuti di manakah kau cuti.

Suamiku ada kursus pulak time cuti cuti ni. Hai stress sungguh. Sek mn pulak ada kem . Apa tajuk kem ni entah. Mn tak terlibat. Tp satgi pas mandi n Siap nak pi sek. Nak siapkan benda benda yg terbengkalai. Minggj pertama ni kt sek ada program. Tak takut la kan nak dok kt dlm bilik guru tu


Hari terakhir sebelum cuti hr tu kami sambut hari guru peringkat sek . Stress mn sebab dah jd pengerusi ni kena hendel semua tu la. Yg paling menyampahkan sikap pk1 la. Apa punya sistem dia ikut la. Miting hr guru nak tunggu bila ada miting tertentu seperti miting hem ke, koko , dia nak time tu. Pastu part last baru dpt mesyuarat hr guru. Sapa nak dengar dah. Semua cikgu dah penat. Bg saya dia perosak majlis hokey. Sila engkau blah dr mata aku.

Wah marahnya. Ya memang mn marah n sakit hati sngat.

K bai. Nak mandi dulu k


Thursday, 16 May 2013

al-fatihah perginya seorg guru

Malam jumaat yg mulia, suami kepada rakan sekolah mn iaitu ustazah faezah telah kembali kepada penciptanya. Arwah menderita sakit gout. Kaki kiri telah dipotong akibat jangkitan kuman.

Semoga sahabat kami tabah menghadapi perpisahan abadi ini. Arwah meninggal di usia yang muda. 33 tahun. Faezah 30 thn. Anak anak masih kecil. Ajwad 6 tahun. Si adik nuha 3 tahun

Al fatihah

Semuga roh beliau dicucuri rahmat.

selamat hari guru

Selamat hari guru semua. Sek kami tak sambut hari ni sebab masih exam. Kami akan sambut pada 23.5 nanti. Sebagai pengerusi kelab guru, banyak la kerja kena buat. Semak kepala la juga. Heran jugak kenapala depa pilih aku.

Wah baru habis exam. Mak ai time exam dugaan betul. Hari first exam merupakan hari jadi kite. Pastu demam pulak. Apa pun tak bacala.huhu

Dua tiga hari ni rasa sengal sengal kat bhgn ari ari. Tak tau kenapa. Kadang kadang rasa cam pergerakan dalam perut ni.  Ciwi la pulak.haha.

Kena panggil baby ni baby sebab abang jijun tak bagi panggil dia abang. Bila panggil abang dia kata. Ni adik la. So baby kena mengalah lah ye. panggil baby ye sayang. Hihi.

Habis je exam kena buat kerja sek la balik. Kerja sek tak habis habis. Huhu


baby sekarang dah 4 bulan. Ibu ni memang tak ada masa nak rehat. Terkejaq sana sini.Nak kena siap tu nak siap ni. Hantar nu hantar ni..haiiii..... harap harap baby kt dlam perut tu ok ye. Abaikan hal dunia yg mcm mcm ni

Nanti mn sambung balik. Sakit kepala pulak.

Friday, 10 May 2013

Alhamdulillah....trimester kedua

Ok dah buat buku merah. Dah scen dah buat upt dah kena minum air gula (mgtt sebab masa azizul ada gdm).

Baby sihat. Dah 4 bulan usianya. Perut pun dah nampak skt. Maklumlah lepas bersalin anak kedua kurang penjagaan perut sebab suka makan ais. Hari ke 45 dah bantai ice blended. Ha mamas kat luar sana tu jgn makan ais tau. Memang tak elok utk perut.huhu.

Gambar scen baby sama sebiji dgn gambar scen abang wira. Subhanallah.  Bentuk dan posisi samua sekali serupa. Tempat scen ja lain lain.Wah...mesti boboi juga kali ni. Hehe hoboiboy kuasa tiga. Yeah!

Nanti mn upload gambar scen dua beradik tu. Haha. Gambar scen azizul umur tiga bulan takde. Sebab dah scen baru doc habaq printet rosak. Kalau tidak leh buat perbandingan.hehe.

Sekarang ni kunun kunu nak study exam ppg isnin sampai rabu depan. hadui nak jawab apa pun taktau

Ok lah. Lain kali mn tulis lg . Bai

Trimester pertama yang mendebarkan

memang ecited nak menulis pasai ni. tp tak berani lagi. biar dlm draf dan edit saja. lama lama panjang berjela lah jadinya. ha bacala sampai habis tau,

ala cuteness. memang rindu nak ada baby. harap jadi kenyataan. wira n azizul dah besar tanak manja manja lagi. huhu. diorang sekarang ni amboi bkn main lagi kamceng dg abah depa. azizul tu tidur pun nak ngan abah. hehe



tip tahan muntah

Masa artikel ditulis mn dah dua bulan miss period Dan mula merasai simpton simpton kehamilan. Terus terang mn masih berada dalam ketakutan akibat keguguran thn lepas. Mn tak buat upt ataupun pi scen di klinik. Memang trauma sangat.
Tiap kali rasa loya n nak muntah datang mn akan berdoa supaya baby ni kuat dalam rahim mn. Harapan mn agar ada rezeki mn kali ni. Dengan kawan kawan pun mn tak berani nak cakap. Walaupun selera makan mn dah kurang.... mn tetap dgn pendirian kehamilan ini perlu dirahsiakan dulu. Ewah.. macam retis plak nak rahsia rahsia bagai.
Even abah pun tak berani nak ecited lebih. Sekali sekala ja abah tanya pasai baby.
Walaupun tahun lepas janin mn tidak dapat hidup sihat , mn tetap sayang kan dia tau. Wah  syahdu plak. Macamana perasaan kawan kawan mn yang keguguran anak sulong n anak kedua. Lagi dasyat kan. Alhamdulillah. Dengan dugaan ini dapatlah mn merasai keperitan mereka. Mn masih beruntung sebab sudah memiliki dua org hero. Cuma teringin nak tambah heroine ja. Hehe... dengan izin Allah jua kan.

Pinjam gambar fasha sanda dulu. hek hek


baby 2 bulan

Syok sendiri ja ni.

Tak test sendiri atau pi scen kat kenek.
Bukan tak nak pi tapi takut pelbagai kemungkinan. Adakah mn hidup dengan bayang bayang sendiri ?? Sampai bila ketakutan ini akan dibiarkan?

 Semalam 14.3.2013 mn mc sebab wira batuk n demam. Malas nak ambik cuti mn mc aje sebab mn rasa pun tak sedap badan.
Pukul 10  pg pi kenek kat rumah ni aje. Ambik obimin untuk kesihatan baby.
Kat sek hari ni mesyuarat guru. Semua guru bengang sebab miting habis 5.30 ptg. Hehe mujor mn mc. Wah ayat provok ni.
Hari ni juga mn pi discussion untuk wat laporan big tempohari. Di kfc parit buntar dengan kak yati n rafidah.

Sebenarnya untuk kesihatan baby ni walaupun tiada kepastian dr segi sains dan teknologi, mn tetap menjaganya dengan baik. Pagi pagi amalkan madu untuk beri tenaga pada ibu.

Mn harap baby akan membesar dengan sihat di dalam rahim mn. Ameen.

minggu 9


Tabiat belek henpon tak habis lagi.tiap kali buka henpon rasa mual n pening.tu pun gagah juga kelebek benda alah ni.haha

Dok meronta ronta nak pi scen nak tgk apa baby buat kat dalam tu. Nak tau bila due nya. Nak dengar dr mulut doc sendiri baby kat dalam sihat.

Tp tak pi pun lagi. Dalam fikiran dok pikiaq macam macam. Tahun lepas pi scen heartbeat baby tak ada. Takut kali ini perkara sama berulang.

 Haish...... kenapa la dok pikiaq macam ni aje.

Ya allah bantulah diri ku ini.

minggu 9 - dugaan


Minggu ni kat stadium batu kawan selama 4 hari. Bawa budak olahraga. Mmmmm walaupun tak buat akt , balik rumah terus pengsan. Krim malam pun takdan nak tenyeh.huhu.

 Minggu ni genap 9 minggu suda. Balik rumah tgk kat pantis cam koko koko sikit . Aduh apa pulak ni. Waktu kencing pun ada lagi. Ahhhh..... terus tak sedap hati.

Macam biasa kalau ada benda  yang merunsingkan mn akan zzzzzz aje. Bangun petang tu pi buang air lagi dah tak dak. Fuh lega sekejap.

Ya ALLAH .

Oh ya. Tengah nak tidur ptg tu kan,hujan turun dgn lebatnya. Mn teruskan panjatkan doa agar Allah kurniakan rezeki buat mn.

25.3.2013

Hari gaji hari ni. sepanjang dari awal hamil sampai nak masuk minggu 10 ni dah 3 kali mn muntah. ala baru 3 kali. huh riak bunyinya. sebenarnya mn bersyukur kalau muntah n pening-pening ni. Kan alahan ini menunjukkan baby kat dalam tu sedang menempek kuat kat dinding uterus. sebenaqnya masa ngandung kat wira n azizul memang takdek muntah muntah n alahan teruk teruk. time gosok gigi ja yang muntah pun. masa mengandung azizul badan mn naik ruam-ruam yang menggatalkan. kudis pun banyak. bila garu meninggalkan parut. eceh, habis tak comel dah. haha. ajaibnya lepas bersalin parut n gatal gatal pun hilang. hehehe. terima kasih mopiko! ( ait ni takdak kene mengene ngan en mopiko lai la ye)


Minggu ke-10

Menulis waktu tghari hari jumaat.minggu ni genap 10 minggu. Cepat nya masa. Seminggu seminggu kian pergi. Sekarang tengah cuti dan berada di perlis. Lepas solat jumaat nak gerak balik cenaam. Yeay yeay dpt jumpa mak n ayah.
  Alhamdulillah.... usia baby dah bertambah. Tp apa khabar dia kat dalam tu ek. Aish bilalah nak dapat kekuatan utk pi jumpa doc ni. Tolonnnnnnn.......mn nak scen n print gambar bby tu. Nak tgk heartbeat yg comel. Oh..
  Ya Allah berikan aku kekuatan.


Minggu 12

Tup tup dah 3 bulan. Wah mabuk mabuk sakan lagi  . Tak kira pg ptg malam dok uwekk ja. Haha
Tanak publish lagi. Nak diam diam dulu.. wah pandai juga mn simpan rahsia no. Oh ya minggu lepas pelbagai dugaan dihadapi. Harii rabu 3.4.2013 ada budak smkse langgar keta mn. Oh berdebarnya waktu tu. Mujur semua selamat. Budak tu pun lenguh lenguh ja. Hadui.

Minggu ni ada kejohanan olhraga peringkat negeri di usm penang. Budak sk bakap indah yang dpt no 2 peringkat zon hari tu terpilih ke peringkat negeri. Alhamdulillah dia dapat gangsa. Tak caya mn. Rezeki budak tu n budak dalam perut ni. Ekekeke.

Friday, 29 March 2013

cuti2 pendek ke PD

Short holiday to pd.

Perghh...nak juga ber bahasa inggelish. Hehe. Sebenornya abah ajak pi legoland. Tp mn tolak sebab mn kena bg share 300 hengget. Mn kata bulan ni tak dak duit lebihan. Cuma duit gaji je. Huhu. nanti mn tak leh berfoya foya ngan mak kundur. Adeh adeh...berfoye foye lebij penting  gitu. Hak hak. .. sebenarnya banyak belanja sampingannya. Baju anak kena beli baru. Baju mak dia pun kena beli baru. Baju yg sedia ada dah masuk fb la. Alololo. Abah ja senang. Buka fb baju tu jek yang abah pakai. Tp mn tokleh la. Kene gak baju baru. Hahah.

Hari isnin kami pi pacific beli baju anak anak. Fuh berkenan ngan sembonia 300rm. Huhu nak rembat dah tp kena kejutan letrik dr abah.

"Amboi nak bawa anak pi jalan tak dak duit. Tp nak beli henbeg pulak."
Terus kejung rambut keting mn. Hambek kau!

Kalau pi legoland haruslah upload fb kan. Rugi mampuih tak upload. Hahah...riak sungguh.

Abah ajak pi kl. I refuce lg. Kalau g kl haruslah pi zoo negara ni. Uwaaa. Tak larat nak jalan wooo. Mana ada stroller utk org tua. Wheel chair adala. Oh takmo takmo.

Akhirnya kami pi pd. Cari hotel ada kolam renang. Mula mula dah cemas sebab hotel semua penuh. Try lg masuk belah belah dlm sikut. Alhamdulillah . Dapat hotel gak. Akar beach resort. Best o. Baru beroperasi 3bulan jek. Hehe. Ada pool lagik. Hehe.

Pagi selasa pukul 9 pagi baru bertolak. Baju pun kemas pagi tu saje. Haha.

Pas checkin makan nasi terus ceburr masuk kolam. Hehe.

Pagi esok pas bekpes terus ceburr masuk kolam lagi. Hehe.

Sonok sonok sonok.

Pas checkout kami singgah tepi pantai. Beli baju pd. Syok nya anak anakku dapat baju. Hehe.

Pastu terus balik penang.

Gambar nanti upload lah. Pakai hset ja ni. Tokleh pulak nak hupload


Friday, 15 March 2013

14.3.2013

Hari ni mc sebab tak sihat. Lagipun abang wira batuk n penat.

Sunday, 10 March 2013

cerita buat D&C di OT

teringin pulak nak cerita pengalaman dalam ot. saya ni penakut gila dengan hospital, jarum, pisau bedah dsb. bila terkena batang hidung sendiri...ooo macam gini rasanya. dan lagi satu saya nak kongsi pengalaman di hospital kerajaan. bagi saya perkhidmatan bagus saja. cuma kena layan kerenah birokrasi yang mementingkan kes kecemasan. jadi kes kami yang tak berapa cemas ni kena tunggu turn lah.

selepas 24 jam puase dan dah tak ade tenaga, baru la dapat bedah. ot penuh dengan pelbagai kes emergency. hari sabtu lak tu.

Masuk wad kul 12 tgh malam hari jumaat,pukul 7 malam hari sabtu baru lah 5 orang patients yang senasib disorong ke ot satu persatu. masa disorong ke ot tu atendan tu dok sembang sama depa.

"samala muka kak ana dengan adik dia ni" hihi  atendant tu kenai kakak kite sebab kakak kite pernah kerja misi kat hosp. sbrg jaya.

"adik kak ana putih sikit nu " kata atendant a

" sama sama putih tp adik kak ana ni tak ada jerawat "

hakhak.... 

seselum masuk bilik bedah yang sebenar, kmi ditempatkan dalam satu bilik. dalam bilik tu ada doc tanya "u tau dak u ada anemia"
" ye tau" pastu buat buat  tanya soalan lak kat doc tu. "Bahaya ke anemia tu"doc tu pun bagi penerangan. Kite angguk angguk ja. Dalam hati menyesal gila dok buat2 ramah  dalam takdak tenaga tu. Pjg lebar lak tu penerangan doktor apek tu.
Dalam ot semua memainkan peranan masing-masing.check line drip ok ke tak. ma lelaki pasang alat letak kaki. hadui cepat sungguh depa wat kerja.  doktor bius perkenalkan diri.  dia terangkan la camna dia nak bius tu. lepas tu kan doktor bius tu cina lelaki berdiri sebelah kiri dia nak check line drip kat belah kanan selamba ja dia menerap atas aku. pastu boleh kata sori camtu ja. hellooooooo... u tau tak patient nak kena bedah ni tak pakai sebarang pakaian dalam tau. suka hati apek tu ja no....

sebelum ditidurkan misi pesan jangan pejam mata. tarik nafas hembus nafas.....sampai lena. kite tak ingat sempat mengucap ke tidak, baca bismillah ke tidak.....semua lupa dah

semasa tak sedaq tu tak tau la apa depa buat kat tuuuuuuut kita tu. redha aje lah....huhu

bila sedar rasa terlena kejap aje. kite ni wat wat ramah tanya doc berapa lama lena. doc tu jawab 10 minit dengan tak ikhlsnya. cuih....... mujoq tak nampak muka doc tu...kalau nampak teruk la kena kutuk. hua hua.

keluar dari ot...bila drip dah buang... legala. takyah usung botol ayaq merata.

memang sedih tp rasa bertuah juga dapat rasa pengalaman macam ni. kita nak elak tp Allah tentukan kita perlu merasai pengalaman ini.... Subhanallah. Maha Suci Allah.
 



 my pengalaman

LDP KE LUMUT

3.3.2013 skbi buat ldp pi lumut. Alhamdulillah tiada aral melintang dptlah kite pi. Kakau bab kerja insyaallah akan cuba pi kalau tak ada masalah pa.

Keluar sebelum subuh lg sebab kite kena ambik fua org kawan lg yg dok setaman. Pi sorang sorang takut la pulak waktu balik nanti.hehe.

Apa pun memang happening lah. Lupa diri sat yang kami semua ni dah ada laki n anak. Amboi kak jah hip hip horey atas bas.

Especially kami berempat. Best sgt dapat bersama korang.

gambar kami

#us#forever#friend#insyallah.




Friday, 8 March 2013

ni bukan leuniey natasha ataupun wilma

Pernah tak beli majalah harmoni atau mingguan wanita. Tarikh bila tak ingat lak. Hehe.
Kat dalam tu ada baju yang leuniey n wilma pakek. Adui cantiknya. Kite snap gambar kat majalah tu. Kunun nak beli kain suh tailor jahit. Baju yang macam kat atas tu.

Satu hari kawan dlm instagram post pasai dia beli baju tu. Rupanya di butik ratu. Kat penang ni taktau la pulak mana butiknya. Kawan suggest website ratu. Terus terbeli.

Hehe

Kite beli kaler merah n blue. Bila nak pakai tak tau la. Obses sgt ngan baju cantik cantik ni. Harga nya rm350. Masa kite beli online tu ada sale tinggal rm250.

Tu dok menerai depan cermin ja la. Haha.

Tuesday, 12 February 2013

great time with mak and ayah

(Ditulis pukul 3 pg)
Pussing kiri kanan mata tak mau lelap.
Buka blog taip la pulak.
 Nak share gambar masa gi jenjalan bawa mak n ayah . Kitorang pi melakau lah. Haha.
Mak ayah kite selalu tolak kalau ajak pi mana mana. Alasan depa tak larat. Tak syok la kan pi jalan tak bawa depa  sekali sekala nak la bawa. Macam kita kecik kecik dulu. Mak ayah selalu bawa kita pi jalan. Pastu kan kalau sekolah buat lawatan mesti mak Izinkan kalau kita nak pergi.
 Mak kata kalau nak pi ngan mak ayah bila la kita bole pi. Duit tak ade. Huhu cedih kan.

Berbalik cerita tadi     ......

 Pastu paksa jugak mak ayah pi. Kami pi melaka. Bawa nak pi rumah tih. . Masa tu ayah  pun dok demam n penat.sian ayh.

layan gambau pun besh

 gambau kite kasi small...hakhak
peplum ni my bff kasik. tq mak kundur

 happy my daddy




yeah...... i like the background

 as usual my pic just a small size ya







 3 generasi

Friday, 8 February 2013

masjid ubudiah yang cantik dan mendamaikan

Kalau masuk setiap masjid pasti akan rasa tenang kan. Belum berkesempatan nak jejakkan kaki di masjid di Madinah atau Makkah. Insyaallah. Akan sampai jua nanti.amin....
 En cik irwan suka bawa kani ke masjid ubudiah kuala kangsar ni. memang best. Cantik sgt masjid ni.subhanallah.
Kalau ada kelapangan mesti mai sini. Kalau pi zoo tepeng mesti mai singgah. Dah 3-4 kali dah ni. Atau pun lebih  dah tak ingat. Ha layan gambar ye.




Anak ibu yang kental

Hari ke sepuluh puasa. anak bujang ibu yang sulong kemain lagi puase. dapat galakan dari ustazahnya, dan juga dari abah. (Draf ni dari hari ke seploh puase tahun lepas. Tak dak idea.publish ajelah apa yg ada ni...hahha )

lawatan murid tahun 6 ke aloq staq dan padang besar

Ni kisah lama der. Tahun 2012 nu. Alkisahnya lawatan murid murid thn 6. Dah terang terang maknani tak ajr thn enam kan. Camna leh terlepas pi tu ? Hahah. My bff yg ajar thn 6 ni boh nama I tau. Hihi. Dapat la I pi membuang masa bersama kan. Haha jgn marah. My bff ni takkan tinggai I punya. I panggik dia mak kundur. Muka dia ala ala kiah propa.ha tobat dia tak ngaku muka dia mcm kIah propa walaupun satu dunia mengiayakannya. Hahah. Jgn mare mak kundurku sayang.
Cer tgk gambar . Sama kan kan kan..

Mak kundurku tudung merah tu. Tudung putih cikgu sekolah kami juga yang terjebak dengan kami yang gila gila remaja . Haha.

 Yang atas tu jamuan akhir tahun sekolah di al arabi tesco extra. Cudapppp....
Ni gambat gambar kami di muzium padi, menara loq staq dan padang besar. Padang besar takdak gambar sebab dah lotih tahap cipan .
Nak upload gambar maknani masa jamuan lak. Tak aci mak kundur ni inteprem plak.


ak fatihah utk adik adam shukri

Mak nani tak follow page adik adam shukri. Tp kalau lalu kat wall fb maknani akan baca. Sentiasa mendoakan kesihatan adik. Pd petang khamis lalu adik adam telah pergi bertemu penciptanya.
Al fatihah utk mu sayang. Di sana syurga menantimu.

Tuesday, 29 January 2013

LEGOLAND

Ramai dah pi ke legoland kan. Saya je belum. Baru berkesempatan.  Perjalanan ke legoland ni dah lama di rancang. Maklumlah iklan kerap sangat Kat tv. Anak sulong asyik dok ajak je. Cuti sek yg panjang ni baru ada kesempatan nak pi. Huhu. Sebenarnya sebelum ke jb Kami start perjalanan ke kota bharu kelantan.  Yg bestnya saya siap pakai baju kurung lagi tau.sebab Kami pi mkn kenduri dulu. Dalam pukul dua terus bertolak ke kota bharu.  Alhamdulillah  Selamat sampai ke hotel rebana kota bharu  dlm pukul 9.30mlm. Walaupun pakai GPS Kami tetp sesat.ha menggerunkan apabila masuk jalan kiri kanan hutan getah.  Uiii ......serammmmm. (draff setakat ini saja, pastu tergantung...hari ni baru sambung balik. hehehe)

Lepas tu ke Terengganu pulak. kami tidor di hotel MING STAR PARAGON. best hotel ni. berdekatan dengan GRAND CONTINENTAL. asalnya cari  hotel GC tu tapi terjumpa MSP. hehehe...memang berbaloi la walaupun tak tinggi bangunannya.

Lepas habiskan duit di pasar kepayang bertolak ke kuantan lak. tidur di hotel apa ntah. hehehe...malas nak cari gambar  tu. lepas tu lepak lepak jap kat mini zoo kuantan. pastu bertolak ke johor. dlm perjalanan singgah rumah member  izan.

GAMBAR GAMBAR DI SINI

 lepas dari rumah izan kitorang bertolak ke JB. Menginap di tune hotel 2 malam. 

mai le layan gambar ni.