Saturday, 26 November 2011

Ulangtahun ke enam

Alhamdulillah....27.11.2011 genap enam thn aku bersama wan hashim. kami disatukan pada tarikh yang sama pada tahun 2005....perkahwinan kami diserikan lagi dengan kehadiran Wira pd tahun 2006. Pada tahun 2010, kemeriahan lebih terasa dengan lahirnya Azizul. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan rezeki dan kebahagiaan kepada ku.

Allah pernah menduga kami. dengan bantuan dari_Nya juga kami berjaya mengharungi. Ujian paling berat yang kami rasa adalah sewaktu arwah abang Mid terlantar 6 bulan di GH, sebelum penciptanya menjemput beliau. dalam dugaan itu, tuhan selitkan rezeki kepada kami. Tuhan ambil Abang Mid, DIA gantikan dengan Azizul. sewaktu arwah pergi, Azizul 4 bulan di dalam perutku.....ALLAH MAHA BESAR ...ALLAH MAHA BESAR.... Allah tidak akan menduga hambanya melebihi kemampuan hambanya untukmenanggung....


eh.....jadi sedih pulak. takpala kot, selingan. hehehe


sebenaqnya aku nak cerita pasai lain. bila buka fb, en wan hashim wish kat aku...huhuhu, syahdunya. dia memang sentiasa ingat tarikh2 penting dalam hidup kami. setiap kali besday i ngan anak2, dia yang pertama akan rancang nak buat apa...aku ni lembab sikit bab2 ni.


kami berjumpa di SKBB. lepas dipostingkan ke SKBB, aku tengah solo lagi. kat maktab dulu semua pompuan beb, tak dan nak cari pakwe. tapi kalau maktab campur gender, pun aku solo gak. sapa la yang nak kat aku ni. kasaq, loqlaq, semua ada la. aku ingat dah takdak org mau kat aku ni. Alhamdulillah, kalau dah jodoh tu tetap ada. Kami dipertemukan jua. aku rasa aku yang ngorat laki aku kot...hihihi(jgn habaq kat org tau...)


masih segar kenangan di prasekolah....Wan hashim selalu singgah tau....sampai PPM naik cemuih. aku plak suka pi bilik guru sebab nak ushar wan hashim...eh, aku ka tu...buruk perangai nya..hahaha


semuanya berlaku dalam tahun 2005. bulan februari kami mula kawan. bulan ogos kami bertunang dan nikah pada hari ni....hehehe




3 hari berturut-turut bagi duit kat juruwang

Masa kejadian habis minyak hari khamis yang lalu, kami OTW pi Qbay nak massage n shopping baju aku....beli jangan tak beli.  kopak la duit gaji yang tak seberapa tu...hero2 kami tinggai kat pengasuh ja. kalau bawa jd penat pulak....pastu kalut taktau nak beli pa dah.

Hari Jumaat kami rentas pi Pasific Megamall Prai untuk beli baju hero2 tu pulak. gambar yang kat bawah ni gambar hari jumaat tu la. kalau nak beli baju depa, kena bawalah depa tu...adoi penat tahap cipan mengamuk. kalau tak bawa nanti saiz terbesar atau terkecik plak...dah banyak kali jadi, seluar jeans kecik, kasut pun kecik...ha...kali ni bawa la depa

Hari Sabtu.....shopping baju en wan hashim di Yawata Nibong tebal...seluar jeans kat yawata murah la skit. wan hashim ni low profil orgnya, tak kisah pakai baju yang takdak brand, janji selesa dan tahan lama...ha kat yawata ada tersedia untuk org seperti wan hashim.....gua tabik spring kat laki gua ni tau. waktu balik dari yawata, singgah pulak di winsome babyworld untuk beli susu dan pampers... dapat 2 cop. kalau beli seratus dapat 1 cop.

 azizul dah tak larat...dok buat perangai...layan dia tolak troli tu dalam setengah jam jugak. suh dia posing sama. pas setengah jam dia nak masuk kat dalam nak main game ngan abang dia plak.

 bukan boh token pun...dia main picit ja..kunun2 dia main la tu...hihihih
dah nak balik....dalam perjalanan terlihat sesuatu yang indah ciptaan Tuhan...iaitu pelangi. kat dlm gambar memang tak clear . tp masa kami tgk secra live tu.....memang cantik. teringat pulak pada suatu hari, wira yang genius buat ayat penyatanya kat aku...."IBU, PELANGI TU JADI BILA ALLAH TURUN DAN BOH KALER KAN....." Terkedu aku dan taktau nak jawab apa. lantas aku jawab...."BUKAN MACAM TU.... PELANGI TERJADI APABILA CAHAYA MATAHARI TERKENA BIASAN TITISAN HUJAN...." betoi ka dak jawapan aku ni entahlah.....tak arif sangat. wira macam tak paham je...mcm tengah pikir2...eh budak ni, rajin sungguh dia  memikir.......

Thursday, 24 November 2011

I Know What U did Last.........(lupa hari apa)

jeng jeng.......masa nak keluar pi makan, wan hashim terlanggar seekor anak anjing. mati la anak anjing tu. memang tak sengaja terlanggar. anak anjing tu mungkin baru terlepas ke jalan, kemudian tak arif lagi selok belok jalan raya. kami punya laju dia tiba2 menyondol masuk bawah kereta. wan hashim tak sempat elak terlanggar la dia....o o...kena samak la keta kami...malam tu aku perangat wan hashim.....uk uk.... bunyi anjing kat dia..hahaha...


ok, kita tinggalkan kisah sedih anak anjing tu ye...aku nak cerita pasai hari khamis yaitu semalam la........


24 .11 merupakan hari gaji kakitangan kerajaan. hari tu kami nak keluar kunun nak ke Queensbay. baru 1 kilometer dari rumah, keta dah tersentot-sentot. simpang empat petronas dah lepas dah. tak teringat pulak nak boh minyak. aku pun tau naik ja, tak teringat nak topap minyak. lagi 200 meter nak sampai stesen minyak caltex, keta pun mampus terus. wan hashim bawa tong nak beli minyak kat caltex tu...tengoklah gambar dia kat bawah ni...
'
'
'
 Sian kat dia kan.....


malang sungguh pada hari dan saat itu, minyak di stesen caltex terhabis suda......apa lagi telinga aku naik ketuat terus dengar ceramah tengahari rembang oleh encik wan hashim...


akhirnya terpaksa mintak tolong kawan......kita lihat sapa yang kena....aku pun kol lah kak hijat. minta tolong dia beli minyak sat kat kami. buat sora sedih . mujoq hero 2 org tu kami tak bawa.kunun nak jalan berdua la...akhirnyapertolongan pun tiba. suami kak ijat hantar minyak...baik ati sungguh kak ijat n family.....sayang la kat u oll......
 eh apasal ni......kami pi tesco extra buat foot massage...lega rasa. wan hashim di massage oleh pompuan siam tu. mujoq tak lawa...keh keh. aku pulak di urut oleh pompuan siam yang taraf nenek. tapi sakit juga woooo. 


aku teringat beberapa hari yang lalu aku ada mengurut kat bidan. dia mai rumah. kena rm50 wooo. tapi tak best. anak bidan yang umor 15 thn urut.  ces ces ces.. hat ni kena rm30 ja. apa lagi dok kena perli la ngan wan hashim. bayar rm50 tapi tak best pun...o...nak kena wan hashim ni.
bagus la kunun tu...keh keh

Wednesday, 23 November 2011

anak sedara

salam ukhwah
hari ni nak stori pasai anak menakan la pulak. maklumla anak menakan mereyut-reyut. sementelah aku ni si bongsu yang jelita, tu yang banyak anak menakan tu. hehehe
aku rasa nak wat salasilah keluarga jap. tgk leh jadi dak..tapi cam tak jadi ja..kehkehkeh
Dahaman b Hassan (daddy) + Melah binti Arof (mummy)
  • anak pertama : Mohd Yussof + Nazrah = mohamad najwan, nurul husna, mohamad yusrizal(meninggal sebab komplikasi kelahiran) dan mohamad wafiq irfan
  • anak kedua : Mohd Ayob + Azizah = Mohd Ayzarizwan (meninggal dari kecil), nor Asyiqin, amir Hidayat, Aida Liyana dan Alin Suraya.

  • anak ketiga : Mohd Yusni + rajemah = siti aisyah(sorang ni ja anak dia)
  • anak keempat : Rohani + mat kamal = Syamimi Syaza (meninggal sebab ketumbuhan pada usia 5 tahun), nazirol hamzi, mohamad amirul abhar, nur feeta aina dan nur syifa izyan.
  • anak kelima : Rosita + Razli = mohamad durrani iskandar, fatin nur ain izzati, mohamad darwisy danial, mohamad danish iman dan mohamad Qayyum Fathillah
  • anak keenam : Rohaya ( meninggal semasa berusia 10 bulan akibat komplikasi asthma)
  • anak ketujuh : mohd Saman (meninggal pada 13.10.2009 di usia 35 thn)
  • anak kelapan : Roslan (eh, takdak mohd la pulak..hihihi) + suriani = mohamad amir hidayat, nur amani balqis dan nur amani basyirah
  • anak kesembilan : rohana + hamidi = mohamad adam afkhar, mohamad amsyar naufal dan qaleesya qurratul haziqah(the latest one...sebab tu la aku boh gambar dia kat bawah ni...hehehe)
  • anak kesepuluh : akulah........hahaha bertemu jodoh dengan jejaka macho bernama irwan firdaus. syukur la...aku dikurniakan dengan hero2 yang come2 bernama manzur azwira dan azizul hasni.
  • jumlah  anak menakan aku ialah 28 orang. 3 orang anak menakan telah dijemput oleh ilahi. abang2 dan kakak ku begitu tabah menghadapi saat sukar dalam hidup mereka. mereka tahu anak2 itu sedang bergembira di syurga..amin
  • begitu juga dengan mak dan ayah...begitu tabah menghadapi saat2 getir sewaktu anak2 mereka di jemput Ilahi. mereka di kasihi Allah sebab itulah Allah uji mereka.




 tengoklah nur syifa...sedang menunjukkan perut boroinya itu...ish ish
Qaleesya langsung tanak senyum. buat juai mahai pulak
wah......aku tu mesti dok berangan dapat anak pompuan pa..hahaha.

Monday, 21 November 2011

to kak fidah with love



sempena kak fidah dapat bertukar...kami berempat ambik peluang untuk keluar jalan2 kat quensbay mall penang bersama beliau. beliau seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi. walau di mana berada kami percaya dia akan tetap berjaya. biarpun dia menghadapi tohmahan, tapi kami percayakan beliau. semoga org2 yang asyik alpa akan mendapat balasan kerana memperlakukan orang lain dengan tidak sopan...









konsert search


huhuhu...memang sdih sebab tak dapat ambik gambaq search
ini sebab kecuaian sendiri la.... 
camera takleh bok masuk...tapi tak tergerak hati nak sorok2....jujur la kunun....
security tak bagi bawa masuk kamera. punyala tensen dan ralat sebab nak tangkap gambaq search..
takpa la...nak buat camna.
ni pun tangkap sebelum konsert mula...hujan dah mula turun renyai2
dapat tangkap kad pun jadilah ye.....
cedih cedih


 Pukul 5 konsert start dengan kumpulan ntah hapa hapa.....emcee petang tu nana AF dan Burn AF. ada job juga la depa ni. depa pun bagus juga. bukanlah produk AF ni teruk2..yang ok tu,  ok la.....macam kita kat sekolah, dalam 200 orang ambik upsr, 30 orang ja yang dapat 5A..kan kan. ada selingan dari azlee, yassin, angah dan mie raja lawak...memang tak tahan dengan lawak diorang. menjadi sungguh. pukul 7 konsert dihentikan untuk menghormati waktu maghrib. kami cepat2 pi surau dalam stadium. takut ramai pulak kat surau.....lepas sembahyang maghrib hati pun tenang kan......
Dalam pukul 9, elok ja search nak nyanyi, hujan turun dengan lebatnya. kilat sabung menyabung..memang takut. dalam hati tak henti berdoa semoga kilat berhenti. dalam pukul 10.30 search start nyanyi...adoi..bestnya.
oh ya...our boys kami tinggal kat kak Nah, setelah pengasuh ada hal..mujo ada pengasuh altenatif kan..hehehe











Friday, 18 November 2011

Jamuan Akhir Tahun

 Salam 1 malaysia...
17 november 2011 di seoul garden, autocity..kami telah mengadakan majlis makan2 yang havoc dan best tahap bend 6(MABUK KSSR LA >>>).buat pukul 2.00pam, balik skolah terus pi.... best la..tak payah pikior baju apa nak pakai... leh pakai baju kerja ja..hahaha..so hari khamis tu, pakai baju lawa2 siap2 la..kalau taklawa pun takpa sebab makan tengahari ja pun...steambot gitu...ala2 korea...aku tak pernah la makan kat tempat gini, ni la first time nya..huhuhu
 ha...ni la muka aku yang cun tahap bend 6 tu...gambar kat belakang pun cantik, budak kat sebelah aku pun come....hehehe
 dok tenung makanan la tu....dok pikio macam mana nak makan ni, pegang copstik pun tak tau ni.....
 Akhirnya pakai sudu ja....ezarn cool ja pakai lipstik..opss...copstik.gambar yang kat bawah ni semua gambar tengah makan..kita bilang ada berapa lagi gambar tengah makan..hihiih
 1
 2
 3   ha dengan aksi terlampaunya....kak fidah yang paling kanan akan bertukar..huhu sedih
 ni la geng 4 org yang kuat bangkang


3 keping gambar di depan restoran..baju batik oren adalah GB kami











di perkarangan auto city..bergambar sakan. hentam sajala. org pakat dok tengok...apa...depa tak pernah tengok orang ka..hahaha...yang penting kita enjoy......
bye....:)

Sambutan hari kanak-kanak

salam 1 malaysia
sambutan hari kanak2 peringkat sk bakap indah berjalan dengan pangkat ...memuaskan...
kenapa saya kata memuaskan?....
ini kerana saya rasa sekolah ini tidak membuat persiapN Yng rapi.AJK tahu hari isnin...hari rabu majlis berlangsung..memang kelam kabut. kawalan budak sifar..
tak semua guru berada di dewan....lesap entah ke mana..
walaubagaimanapun ini hanya pandangan saya. saya rasa ianya boleh diperbaiki lagi...demi anak bangsa yang tercinta.

dari belakang ku tahu siapa dia.....hahaha
dialah puan norlizah...su hari kanak2
tengah marah peserta pakaian beragam la tu...degil budak2 ni....hehehe
 salah seorang peserta pakain beragam yang di upload. sedang menunjukkan gaya seorang model tuh...
 2 orang peserta yang sempat diterjah untuk diambil gambar. pakistan mali ngan jingling nona...jingling nona manis sekali....
 eh...ada entiti di belakang..ha dialah SU tadi, baru nampak muka....
 peserta tahun 5..berani dan gagah
 barisan guru-guru yang komited
 alahai haziq haikal, awat seluar singkat tu...kata maknya, dia ter rembat seluar adik la pulak..keh keh keh.
 budak2 prasekolah..come2
 dengan umi diorang..PPM
 aiii..belek apa tu

 tu dia sampai tertonggek-tonggek