Thursday, 24 November 2011

I Know What U did Last.........(lupa hari apa)

jeng jeng.......masa nak keluar pi makan, wan hashim terlanggar seekor anak anjing. mati la anak anjing tu. memang tak sengaja terlanggar. anak anjing tu mungkin baru terlepas ke jalan, kemudian tak arif lagi selok belok jalan raya. kami punya laju dia tiba2 menyondol masuk bawah kereta. wan hashim tak sempat elak terlanggar la dia....o o...kena samak la keta kami...malam tu aku perangat wan hashim.....uk uk.... bunyi anjing kat dia..hahaha...


ok, kita tinggalkan kisah sedih anak anjing tu ye...aku nak cerita pasai hari khamis yaitu semalam la........


24 .11 merupakan hari gaji kakitangan kerajaan. hari tu kami nak keluar kunun nak ke Queensbay. baru 1 kilometer dari rumah, keta dah tersentot-sentot. simpang empat petronas dah lepas dah. tak teringat pulak nak boh minyak. aku pun tau naik ja, tak teringat nak topap minyak. lagi 200 meter nak sampai stesen minyak caltex, keta pun mampus terus. wan hashim bawa tong nak beli minyak kat caltex tu...tengoklah gambar dia kat bawah ni...
'
'
'
 Sian kat dia kan.....


malang sungguh pada hari dan saat itu, minyak di stesen caltex terhabis suda......apa lagi telinga aku naik ketuat terus dengar ceramah tengahari rembang oleh encik wan hashim...


akhirnya terpaksa mintak tolong kawan......kita lihat sapa yang kena....aku pun kol lah kak hijat. minta tolong dia beli minyak sat kat kami. buat sora sedih . mujoq hero 2 org tu kami tak bawa.kunun nak jalan berdua la...akhirnyapertolongan pun tiba. suami kak ijat hantar minyak...baik ati sungguh kak ijat n family.....sayang la kat u oll......
 eh apasal ni......kami pi tesco extra buat foot massage...lega rasa. wan hashim di massage oleh pompuan siam tu. mujoq tak lawa...keh keh. aku pulak di urut oleh pompuan siam yang taraf nenek. tapi sakit juga woooo. 


aku teringat beberapa hari yang lalu aku ada mengurut kat bidan. dia mai rumah. kena rm50 wooo. tapi tak best. anak bidan yang umor 15 thn urut.  ces ces ces.. hat ni kena rm30 ja. apa lagi dok kena perli la ngan wan hashim. bayar rm50 tapi tak best pun...o...nak kena wan hashim ni.
bagus la kunun tu...keh keh

1 comment: