Saturday, 31 December 2011

Ragam Hari Pertama Ke Sekolah

Hari ini sekolahku mengadakan hari orientasi dan pendaftaran tahun 1 dan prasekolah. ada 3 org adik kecik prasekolah berumur 5 tahun menangis tau..alalala, comeynya tengok depa menangis...hehehe.

aku pun nak ambil gambar. ada sorang adik(lelaki) tu siap buat peace lagi. sedangkan tadi menangis bukan main..tapi aku tak ambil gambar pula sebab nak tergelak. bila nak ambik sekali lagi, dia dah tak mau. dia sembunyikan muka dia..




 Aku teringat masa aku kecik dulu, aku tak menangis pun. hehehe.

Masa hari pertama masuk darjah 1, aku pi dengan kakak dan abangku saja. masa tu depa darjah 5 dan darjah 6. Tapi itu dulu, sekarang dunia dah berubah.

Friday, 30 December 2011

kasut baruku

hari ini, di sekolah ada perkembangan staf. lepas perkembangan staf, kak hijat ajak pi Pacifik di Prai. Dia nak beli kasut. aku pun ikut la dia. aku tak cadang pun nak beli. saja jalan2 teman dia. aku berkenan sungguh dengan beg tangan guess. Harganya 419rm. aku tak beli pun. berkenan ja..hihihi

Jalan punya jalan, aku pula yang beli. Iaitu sepasang kasut bertutup scholl. Kak hijat tak beli pun. kuang3x



 Balik umah try pakai dulu. Azizulpun nak try juga.. Amboi nampak padan dia dengan kasut ni. 
Memandangkan harganya yang boleh tahan, aku minta izin dari suami dulu melalui telefon.(kunun isteri solehah la ni..kuikuikui). Cik abang tak benarkan, tapi tak pula melarang. Sebab nak beli juga, dia tak kata apa pun..hihihi. 

Sekolah kami kena pakai kasut bertutup penuh. dah 10 biji kasut beli, semua tak bleh harap. maklumla kaki kembang macam telinga gajah. memang payah cari kasut.huhuhu.


Thursday, 29 December 2011

alam persekolahan 2012

dah nak masuk tahun 2012.

tahun ni aku still ajaq pemulihan. ini atas permintaan ku sendiri..(ewah!) aku rasa thn 2012 banyak perancangan aku yang memerlukan aku rileks banyak. antaranya nak sambung belajar. kalau ajar pemulihan, aku tak kalut sangat dgn kssr, pbs dan apa2 lagi tu. kawan2 banyak merungut pasai kssr. tp aku nasihat kan depa, tak baik merungut. buat kerja kena ikhlas...amboi3x....betui ka aku nasihat depa, aku jadi penyokong lagi ada,,hahaha.

walaupun ada cikgu opsyen pemulihan yang datang sekolah kami, aku minta pada gb supaya kekalkan aku. bukan sebab aku tera, tapi aku rasa biarlah aku memberi bakti kepada murid2 sebegini.

wah2....jangan pengsan pula ye..hihihi



Wednesday, 28 December 2011

Monday, 26 December 2011

Genap 7 tahun tsunami melanda

Hari ini genap 7 tahun peristiwa ni kan.
takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
kita tak tahu......

Genap 7 tahun juga aku di postingkan selepas habis belajar maktab..
uish........cepat masa berlalu kan.

Ok lah,
hari ni kan cuti. kami keluar makan pizza. dekat ja di auto city juru.
berselera sekali azizul makan.
ni first time bawa dia. tak sangka dia suka pula....
hihihi..boleh bawa dia selalu ni...( time gaji ajelah..kuikui)


tak sabar nak makan dah..ketuk2 pinggan aja dulu.


 Nak tumpang sekaki..peace yow.


 tu..dia...sedapnya azizul makan.
Azizul ni kalau sihat ok aja dia...kalau demam tu, memang tak boleh ke mana .makan pun tak mao... gitulah kan. budak2.



lepas makan jalan dulu sekitar otocity. 



 Pastu pi jamu mata ke pacific sale kat situ juga. irwan beli support pillow berharga 159.00rm. tp ada diskoun 50%.  Malam karang tidur dengan nyaman la dia. Bila dia tido,nak curi bantal tu..hihihi.


Balik dari otocity, singgah di carrefour bukit minyak. Dulu nama krico, sekarang dah tukar. Kalau mai pasaraya tak sah la kalau tak main game. Huhuhu.


Azizul macam biasa, main tekan2 aje. Tengah dia dok tekan2, ada awek pula mai duduk kat sebelah. Azizul buat dono je..hihihi. Jejaka kontrol macho la katakan...

Lepas jalan2 beli barang sikit dalam kefo, kami pun balik la. 
Esok dah stat miting kat sekolah...aduhai...Kenapa cuti cepat sangat berlalu?...
huhuhu
Jumpa lagi.

Wednesday, 21 December 2011

LOST...........

Ini bukan cerita lost world of jurrasic park.
ataupun lost wold of tambun..
dan bukan juga get lost!
hihihi.

ini cerita kami sesat masa nak pi dan balik dari TTW semalam.
aku taip ni sambil tengok cerita filipino..
tajuk one true love,,
best gila
pelakon pun aku kenai walaupun pelakon tu tak kenai pun aku,,
hahaha
iaitu dindong dantes dan marian rivera...ala si marimar dan frredo tu..

oh ya, tentang cerita sesat tu,
suamiku tak tau jalan nak pi ke TTW sebenarnya. cari dalam tenet (aku la yng cari tu), aku buka lawan web pelancongan kedah.
kalu nak ke sana menerusi highway bke keluar ke karangan. Dengan konfident nya aku bagi tau kat suamiku itu.
cari karangan tak jumpa pun. apa yang ada pasai  karangan kami tau masuk ja.
titi karangan la
sungai karangan la....hahaha.
tu belum lagi karangan SPM, maunya 3,500 pp...hadoi2

pusing punya pusing, sampai baling kedah .
paling terkejut apabila ada signboard selamat jalan(sebab dah lepas daerah baling, memasuki daerah kulim)...mak oi ......
kami nak pi kulim kena lalu baling dulu..

masa dah sesat ni mulalah saling gaduh dan tuduh menuduh
tp gaduh2 manja je...
hihhihi

sampai kena tanya org la...akhirnya pukul 11.30 pg kami sampailah. keluar 9 am tadi lagi..huhuhu
ok, selepas tu, waktu nak blik, singgah dulu beli rambutan dan durian.

kejadian hilang berulang lagi waktu nak balik.
alkisahnya tersilap ambik simpang.
buat pandai2 sendiri..hahaha
waktu balik kami tersesat sampai ke serdang dan bandar baharu kedah.
akhirnya kami ikut s.bord nibong tebal. ha... kami pusing punya jauh tu.


dalam pening2 dok cari jalan, lupa nak ambik gambar.
sempat ambik satu saja ni....
hahaha...
semoga kejadian hilang arah ni tak berulang la lagi....serik!
ok la,,,rasa pening pulak.
nak tidor sekejap kemudian bangun untuk kemaskan barang.
sebab petang ni nak balik ke kampung saya pulak.....

Gayatnya on Tree Top Walk

Salam
Hari ini suamiku mengajak aku pergi kanopi walk katanya
di sungai sedim,kulim kedah.
rupanya tree top walk.
whooooooh...
best nya..
smpai je ke tempat tu, dah dengar bunyi burung dan unggas berkicauan...
menghirup udara nyaman tanpa pencemaran.
dan menikmati panorama indah ciptaan tuhan.
walaupun tak dapat menikmati pemandangan indah di medan,indonesia ,
kami dapat menikmatinya di sini...
walaupun aaaaaamat gayat,
aku ambik petua mak tercinta, jgn pandang ke bawah.
aku jalan laju sampai tertinggal suamiku yang asyik menikmati keindahan alam itu.


buruh yang bina titi ni buat rileks ja. kami nak jalan pun terketaq2
tengok cara depa buat titi kt bwh ni.
Sambil berjalan kami dok kata, patutnya buat gini, buat gitu
hahaha....kami nak tunjuk terer dari engineer pulak.
gayat punya pasai..


Ha tengoklah panorama indah sepanjang perjalanan kami di tree top walk(TTW)
yang terpanjang di dunia ni.

bergaya kemain
dlm hati punyalah mengucap.
mana taknya berada di atas ketinggian
19 meter,
fuh....kussss semangat.

baru tau rupa-rupanya KULIM adalah nama pokok.


baru tau juga LIANA bermaksud pemanjat berkayu.
unik kan.


kami juga menikmati kejernihan air terjun.
Subhanallah...
Indah ciptaan MU.
Betapa terasa kerdilnya diri ini apabila berana di tengah hutan belantara,


kami tak mandi pun
takpa, cukuplah kami melihat indahnya kehijauan dan kejernihan ini.
kerana kami tahu air nya mesti lembut dan segar.


sekian dulu dari cek noooo.
semuga anda terpukau dengan keindahan menakjubkan ini.

Tuesday, 20 December 2011

Lepak-lepak di Palm Inn

Salam..
balik dari kg...penat tak habih lagi....suami ajak pi lepak2 hotel...
best juga....gue pun onn ja
kami lepak di hotel palm inn butterworth.
hotelnya cantik.
murah dan selesa lagi tu.


ni la hotel dia
siap ada longwan kat sebelah tu. kfc pun ada, tapi bukan 24hrs.


kami ambil bilik king+single


ni lobby dia. mengadap dewan tun abdullah ahmad badawi.
3 gambar di atas dr pakcik google ja.




 kami dok bilik 401. 
kami tak bawa ndoi azizul, mengamuk la dia malam tu.
lepas check-out, menuju ke econsave untuk beli barang keperluan.
kemudian makan tengahari di jawi.
after that ke winsome baby beli susu dan pampers.

Amat menakjubkan...

di winsome baby, kami lupa nak bayar.
cina tu pun lupa kata kami tak bayar lagi.
mujo aku ada isi borang club apa ntah tadi.
ada la no fon aku.
cina tu pun kol......ya rabbi baru tersedaq kata tak bayaq.

Cina tu kata " ok takpa nanti u mai bayaq na.."
lo..... ingat dia nak kata," takpa u tak payah bayr la, hadiah krismas bagi u..."
keh keh keh, jgn harap la.
ok.... bye.


Sunday, 18 December 2011

rindu nak menulis

salam ukhuwah.
15-18 december, kami semua balik kg belah suami...di perlis.
hari ini 19 december aku gian nak menulis di blog ini. 
so aku pun tulis la.
antara aktiviti yang dijalankan di kg ialah menghadiri majlis kahwin anak sepupu suami.
kami juga menghadiri kenduri sunat jiran yang ada sangkut paut kekeluargaan dengan suami.
sedap juga makan laksa.
nyam..nyam


 upload sekali gambar i-ct sebab clear pula gambar ni


ni masa di pusat sains negara.


ni di rumah kenduri tersebut






saja berangan jadi puteri entahapaapaentah..hahaha.
seperti biasa bila pulang dari kg atau dari bercuti di mana-mana, kerja saya yang paling utama ialah mendobi pakaian.
sekarang sambil menaip sambil mendobi.
Azizul pun dok mengacau ni.
saya bagi dia main leptop acer yang dah tamat tempoh..tekun sungguh dia menaip..
ok...babai


Tuesday, 13 December 2011

Ronda-Ronda Malaysia Tengah


Salam semua...
Masa pi indon rasa tak puas hati sangat.
Budak2 demam, cuaca pula tidak mengizinkan...
Rasa bersalah sesangat kat budak2 ni.
Ibu depa yang nak pi indon sangat tu.
Tak pelah...itukan pengalaman hidup...
Dapat juga merasa tempat orang kan.
Jadi kami suami isteri bertekad untuk bawa depa ke tempat yang mesra kanak2 dan bayi....
iaitu ...zoo, dinasor, katun.
hepi la sikit dengan percutian ni.

Anda mungkin gemar kan cerita2 kat bawah ni :


Selepas selesai melawat tempat-tempat menarik di atas,
kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang. Letih kan. Tapi budak2 ni ok lagi. Ini untungnya bercuti di dalam Malaysia. Cuaca elok, tak dak pencemaran. 
Sebaik sampai di Ipoh, aku baru teringat, aku tertinggal seluar jeans dalam almari hotel.
huhuhu...sedih
Mungkin ada hikmahnya kan...redha itukan lebih baik.
Wallahualam.

Pusat Sains Negara

Ok..hari last iaitu monday, lepas check-out, kami pi Pusat sains negara pula. Ada dinasor. Mesti suka la si wira tu. Pastu ada playground pulak. Azizul pun hepi habis.
Kami 2 org penat la menunggu budak2 main...
hahaha...

wah...dinasor pun besar...wira takut pulak masuk tengok dinasor..


eh...wira jadi transformer la pulak
comey nya dia
ha, cantik tak android ni...baju oren tu..bukan yang pakai tudung tu tau




Ha..tamatlah pula pengembaraan di alam sains dan teknologi pada hari itu.
Jom balik Penang...
Sedihnya dah nak balik...
Tapi kena la balik....
Lain kali kita mai lagi no.

I-City Shah Alam

Malamnya kami pi I-city
tengok dalam Fb kawan2, cantiknya
tu yang nak mai



wah sukanya masuk dalam snow house ni...cam pi oberse la..
huhuhu...
tapi yang tak bestnya, aku tertungging sebab licin.
malunya..isk...isk...

tengok lampu2 pulak

masuk pula tengok reptilia..the largest reptile la kunun..


banyak lagi gmbr ni


BANYAK LAGI NI GAMBAR



HA...TAMAT LA PENGEMBARAAN DI i-CITY. NAK BALIK HOTEL, NAK BUM!







Muzium Negara

lepas check out, kami bertolak ke muzium negara.
ibu nak tengok baju pengantin memey
wira nak tengok upin ipin
abah nak bawa kereta
azizul boleh apa apa pun...tak kisahnya dia..hahaha


masa dok syok2 tengok baju pengantin, perut aku buat hal pulak
yang tak bestnya toilet bergerak pulak
adoi..terpaksa la guna...nightmare tol masa tu


tiket nak tengok pameran upin ipin rm12 sorang dewasa. wira dan azizul free lagi.


banyk lagi gambar upin ni

dan lagi......



ha..dah abis cerita di muzium negara.
nak check in hotel Cititel KL

Zoo Melaka

kami bertolak dari penang pukul 5.30 pagi..
sampai dlm pukul 12 tghr. cari hotel sekitar bukit bintang dan jalan TAR semuanya penoh..
kami ubah plan, iaitu pergi zoo melaka dulu. malangnya hotel kat melaka pun penuh. yang tinggal bilik harga 500 dan 800. mak oi, Akhirnya kami tido higway hotel seremban...ha murah dan agak selesa juga.



Sampai zoo, cuaca amat panas. wira TER demam pula...kesian, panas badan dia. ibu dah rasa cuak dah.



Tapi dalam dok demam terkejut tu, muka wira tetap hepi. sampai hotel dalam kul 6, terus mandikan dan bagi ubat. Alhamdulillah...lega la demam dia.