29.Nov hingga 2 Dec 2011 saya pi melawat medan
bersama sama wan hashim, wira dan azizul
hari pertama sampai, tak banyak gambar diambil sebab takdak tempat yang menarik, pastu penat dan demam.
Berlambak makanan. Cuak dah kami sapa nak makan banyak ni. rupanya dia kira yang mana kita makan ja...hai, bikin runsing saja.
Dalam perjalanan ke Parapat. singgah dulu untuk solat. ambik gambar la jugak.
Demam..Mula2 si abang.kesian
# # # # #
Hari Kedua
Hari Kedua, waktu pagi. Tangkap gambar danau toba dulu. akibat hujan, gambar tak cantik sangat. tapi saya dah minta tolong pakcik google. leh tengok gambar dari pakcik google kalau gambar yang saya tangkap tak clear.
gambar atas dan bawah danau toba
kat bawah ni danau toba dari pakcik google
gambar kenangan di hotel di parapat
sepatutnya dalam jadual kami akan naik bot ke pulau samosir. pulau ni penuh ngan org batak. pak supir keberatan nak bagi kami pi. dengan anak2 yang demam, bot yang kurang selamat. kami pun tak pi lah. dahla kg batak. di pulau tu ada pasar org batak. juai barang kulit mcm jaket apa tu.
kat bawah ni gambar pulau samosir yang pakcik google bagi. pulau ni di tengah2 tasek toba. luas pulau ni adalah besar lagi dari singapura. tu diaaa....
gambar2 di bawah ni dalam perjalanan ke Brastagi. ada kawah gunung berapi. kami tak dapat ambik gambar sebab berkabus. azizul pula mulai demam.
terserempak dengan kanak2 balik dari sekolah. mereka amat comot. kesian
sekolah mereka amat daif. pulang dari sekolah tak berjemput pun. survival tinggi.
Amat sedih tengok berkaki ayam.
Sepanjang perjalanan juga dapat tengok cara hidup mereka yang susah. bayi dikendong, yang boleh bertatih akan jalan sendiri, dengan berkaki ayam sahaja.
Air terjun sipiso-piso. tak nampak sebab berkabus. kat bawah ni ada gambar pakcik gooogle. cantik kan.
hujan pula, tidak sesuai ambik gambar .
gambar atas, dari pakcik google. Gambar bawah azizul .
ni budak besar sikit. dalam thn 6 baru balik sekolah. atas bumbung pun ada org.
*
*
*
Dah sampai di brastagi. tak tangkap gambar. hanya dapat tgk pemandangan. tapi takpa saya dah google kan benda yang saya nampak semasa di sana. Antaranya gerai menjual buah dan market brastagi.tak singgah sebab hujan, dengan anak2 yang muntah, asyik di dokong.
ada aktiviti menunggang kuda. terliur tengok. tapi tak dapat la. takpe, tak ada rezeki la tu.
sepanjang jalan berbukit tu ada gunung berapi. gunung berapi karo namanya. boleh mandi air panas dari telaga. bagus untuk kesihatan. juga tak pi sebab masalah di atas.
Menara kat bawah ni pun nampak juga. sebelah menara gambar perkampungan org batak.
*
*
*
Akhirnya kembali ke medan la. ni hotel dia, hotel madani. cantik. ada al-quran pula tu. bagus la.
ke klinik sebab kedua-duanya demam dan batuk. dapat juga rasa pengalaman ke klinik di negara orang. terutamanya di Indon ni. saya hanya kesian pada budak dan bayi. klinik pun tak selesa.
ni kad rawatan. saja perbesaq. nama wira betoi, tapi nama azizul pak supir letak midun. dia tak tau sebut kot.
# # # # #
Hari ketiga
keluar ke pekan medan untuk membeli telekung, kain batik, kain pelikat dan sevenier. takut pula membeli sebab rasa cam mahal ja. semua harga ratus2 ribu..hehehe...rupiah la. tp beli juga tanda dah sampai.
ramai penjual jalanan paksa kami beli. exstrim nya. kami takut. tak beli pun. satgi beli kat sorang, yg lain pun nak gak. mereka gaduh sesama sendiri merebut pelanggan. situasi yang tegang.
lepas tu ke istana maimun. tak ada apa pun. macam istana lama ja.
saja suruh wira tangkap gambar ngan rombongan budak2 indon ni. kesian tengok depa.
depan istana beli sevenier. beli jangan tak beli.
pastu pak supir bawa pusing2 pekan medan. sepanjang jalan tak elok. bising dengan hon.jalan berlubang dan sistem saliran tak elok. lampu pun malap. terus teringat kampung halaman. hati rasa sayu pula. selalunya kalau jalan-jalan bercuti tak pernah rasa camni. mungkin sebab tak sanggup tengok hidup org lain yang susah kot.
dalam hati bersyukur sebab lahir kat malaysia. banyak kemudahan dan tenang pula.
tiba2 muntah pulak si azizul. pak supir hantar balik hotel dulu. pukul 4 dia mai ambik lain.
*
*
*
pukul 4 pusing2 medan lagi. jumpa masjid biru yang cantik. ambik dari dalam kereta sebab hujan.
pastu dia bawa kami pi shopping mall. laaayan je.
pastu makan ayam penyet. asyik ayam penyet ja la...selesai suda hari ketiga
# # # # #
hari ter akhir
fligt ke penang pukul 6.45 waktu indon. ada banyak masa lagi. pak supir bawa pi masjid tertua, depan ngan hotel ja.
gambar kat atas n bawah ni kat lobi hotel
kat bawah ni gambar masjid. banyak peminta sedekah. kami terpaksa buat taktau waktu knk2 minta sedekah.kesian memang kesian. kalau bagi sorang nanti habis kita kena serbu. so, tegar kan hati.
Gambar kat bawah ni kami dah kat airpot polonial medan.
rindunya Malaysia.
aku bersyukur dilahirkan di Malaysia
Tamat suda pengembaraan 4 hari kami. penuh adventures kan. dengan anak demam, cuaca tak mengizinkan. itu semua pengalaman hidup.
memandu pulang dari epot penang balik rumah, rasa lancar saja. sebelum balik makan dulu di restoran bangkok. rindu nak makan seafood. asyik ayam penyet, ayam lepaaas, ayam lemaaas la....alaaahai.
sekian dulu. Wassalam.
No comments:
Post a Comment