Thursday, 26 January 2012

Hobi Kami Tangkap Gambar 2

Cuti CNY hari tu kami pi zoo Tepeng. Pi hari raya cina, ramai la olang. 


Ada replika buaya, org hutan, harimau dan macam2 lagi. 




Papan2 tanda sudah di tukar yang baru. Sejuk mata memandang.





Inilah hobi keluarga kami. Melawat haiwan2 di dalam sangkar. Peliharalah haiwan dan tumbuhan kerana tanpa mereka dunia pasti akan sepi. Membawa anak2 melawat zoo dapat mengajar mereka erti kasih sayang. Mereka juga dapat menyelami kasih sayang ibu bapa. Mereka pasti terharu melihat ibu2 haiwan menjaga sendiri anak-anaknya. Anak-anak akan sedih kalau ada haiwan yang tinggal seorang diri di dalam kandang. Semoga kami semua akan dapat manfaatnya. Amin.

Hobi Kami Tangkap gambar 1

Gambar-gambar ni diambil masa pi ke pameran peladang, penternak dan petani di Parit Buntar, Perak pada 14, 15 dan 16 hb Januari. Kami pi hari pertama dan hari ketiga. Pi hari pertama kami pi 4 beranak. kami beli kek coklat. beli 1 ja, rupa2 nya bila balik berebut pulak. Pi pulak hari ketiga nak cari kek yang sedap tu, sekali dah kemas2 barang dah. Kami pi berdua ja ngan Wan Hashim. Dalam pukul 5 kami pi. Maklumla hari sek hari tu. Akhirnya kami makan char koe tiau udang lipan. sedap juga. Boleh la. Sebab saya sangat suka makan char koe tiau. hihihi.




Wednesday, 25 January 2012

KEAJAIBAN ALAM (siri 2)

Ini sambungan daripada keajaiban alam siri-1


Salar de Uyuni - terletak di bolovia. merupakan gurun garam terbesar di dunia

Kasha Katuwe Gunung Batu - di Santa Fe, New Mexico.


Great Blue hole - Belize, Amerika Selatan

Hutan Batu - Terletak di wilayah Lunan, 86 km dari selatan Kunming, China.


Pamukkale - Ia merupakan kawasan pelancongan utama di wilayah Denizli utara Turki. merupakan kolam bertingkat dari batu kapur dan travertine. kaya dengan air mineral bersuhu 35 darjah celcius.


Lembah Bulan - bermaksud 'tempat di mana anda meletakkan bulan' adalah sebuah lembah terpencil di Argentina. Lembah ini terbentuk akibat formasi geologi yang disebabkan oleh hakisan angin.



KEAJAIBAN ALAM (siri 1)

Aku amat tertarik dengan artikel dalam Mingguan Malaysia, 15 Januari 2012. sebagai seorang pencinta alam, aku rasa aku perlu abadikan artikel ini di dalam blog ini agar aku akan terus dapat membacanya kelak. kalau nak simpan keratan akhbar ni, almaklum sajalah, pasti akan hilang juga. aku ni bukan cermat sangat. ayat2 kat bawah ni aku tiru bulat2 dari artikel tu. gambar nya aku googlekan. untuk koleksi peribadiku jua....

Keajaiban terselindung

TUJUH keajaiban dunia iaitu Taj Mahal di India, Colosseum (Rom), tembok Besar Cina, Petra(Jordan). Chichen Itza (Mexico), Machu Picchu (Peru) dan Patung Jesus di Brazil, sudah biasa diperkatakan. Namun jarang sekali dibicarakan tentang keajaiban alam yang ada kalanya sukar untuk ditafsirkan sama ada secara ilmiah mahupun saintifik. Kejadian alam ini kebanyakkannya berlaku selepas melali proses perubahan alam yang panjang. Perubahan alam itu berupaya membentuk satu hasil yang begitu mempesona dan menakjubkan. Berikut antara hasil kejadian alam yang cukup memukau namun belum diketahui ramai.

  • Air Pancut Panas
TERLETAK di lembah Hualapai, Nevada, AS, di sini air pancut panas menyembur keluar melalui batu batan yang membentuk bukit2 kecil. Kawasan ini dijumpai secara tidak sengaja pada 1916, oleh pemilik tanah yang sedang menggali punca air dengan harapang menjadikannya kawasan pertanian. Akibat proses penggalian secara berterusan sehingga mencecah kawasan kerak bumi yang panas, telah mengakibatkan terbentuknya geyser unik ini.

  • Gunung Erebus
IA merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di bumi dan terletak di benua Antartika. Ketinggiannya mencecah empat kilometer dari permukaan laut. Terdapat ratusan puncak ais di Gunung Erebus yang mengeluarkan gas panas melalui rekahan dan retakan pada batuan gunung berapi yang mengelilingi puncak Erebus. Menara-menara tersebut memiliki ketinggian sekitar 20 meter. Menariknya hanya di gunung inilah lahar panas bertemu dengan kedinginan ais danmenciptakan satu pemandangan yang sangat unik dan menakjubkan.

  • Mata Sahara
Terletak di bahagian barat daya gurun sahara, Mauritania

  • Taman Negara Komodo
Terletak di antara Pulau Flores di NusaTenggara Timur


Ikuti sambungannya di Keajaiban Alam siri 2

Friday, 20 January 2012

memori 2009

pagi ni bangun 6.30 pagi. azizul merengek2 nak susu. dengaq ibu goncang botol, tangan terus sua nak susu. sian dia, dahaga la tu.

cerita ni aku nak tulis untuk ingatan aku sahaja. aku takut jika tidak diabadikan di mana2, aku tak ada idea bila nak bercerita pada anak-anak. maklumlah ingatan manusia amat pendek. mana bisa boleh diingat andai satu hari nanti wira akan bertanya. azizul mungkin tak mengenali dirinya, tapi wira pernah merasai kasih sayang nya.

jejariku terus mencoret bait-bait ini selepas wira dah tak ingat peristiwa hampir 3 tahun lalu. dia dah lupa siapa yang terlantar di hospital. kalau 3 tahun lalu dia akan pantas bercerita kepada org lain paktihnya jatuh flat tingkat tiga. dia juga akan bercerita dia tengok paktihnya disemadikan di dalam liang lahad. ingatan budak 3 tahun takkan sama denga ingatan kita. ingatan mereka akan hilang di telan waktu. sebab itulah aku catatkan di sini supaya aku sendiri tidak akan lupa menitipkan kisah abangku kepada mereka. aku juga sentiasa ingatkan mereka untuk sedekahkan al-fatihah. wira yang petah boleh membaca alfatihah dengan bimbingnku. kalau hari2 dibimbing, insyaallah dia akan dapat ingat.

20 April 2009, aku dikejutkan dengan berita abangku terjatuh dari flat semasa bekerja. semasa kejadian  pada pukul 6.30 ptg itu, ada 2 orang yang bekerja bersama-sama abangku. seorang tidak jatuh kerana semasa kejadian sedang berada di dalam tandas. abangku dan kawannya yg seorang lagi terjatuh kerana kayu yang dipijak patah. abangku jatuh dahulu, kawannya menghempap tubuh abangku. kawannya hanya patah kaki. tapi abangku telah patah tengkuk dan tengkorak kepala retak. 2 org kawannya telah berumahtangga dan mempunyai anak.

21 April, kak wardati iaitu salah seorang guru di sekolahku, telah kembali ke rahmatullah akibat kanser payudara.

22 April, pengasuh wira telah diceraikan oleh suaminya. kak roziah (pengasuh wira di bayan lepas) kelihatan tabah tapi aku yang meraung di depannya, mungkin jiwaku sarat menanggung dengan segala dugaan yang bertimpa2 dalam masa 3 hari. jadi aku luahkan jua dengan tangisan yang tidak dapat ditahan2 lagi.

Seketika, seakan hilang akalku untuk berfikir tentang takdir Allah. kenapa abangku? kenapa aku? aku mempertikaikan ketentuan Tuhan. Ya Allah, ampuni aku....Aku manusia lemah dan jahil. kejadian yang menimpa bertalu2 menyebabkan aku lalai bahawa dunia ini di bawah kekuasaanNya. Abangku hanya pinjaman daripada Allah SWT untuk kami. tiba masanya dia akan mengambil semula hakNya. aku lupa tentang itu.Astaghfirullahal'azim.....Astaghfirullahal'azim.....Astaghfirullahal'azim.....


Sepanjang 6 bulan, jiwaku tidak tenteram. pukul 12tgh kalau tidak ada kelas, aku terus menuju ke hospital. kawan-kawan banyak membantuku. terima kasih kawan2 di sk bayan baru. mereka amat memahami masalahku dan membantu sedaya upaya mereka. kata-kata peransang dari  mereka melegakan jiwaku. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan suami seperti suamiku. dia menjaga abangku seperti menjaga abangnya sendiri. dan wira, terpaksa ku tinggalkan di rumah pengasuh seawal 6 pagi, dan akan mengambilnyaselepas pulang dr hospital seleps maghrib.


selepas ketiadaannya, aku baru teringat yang kami berdua pernah berdepan dengan maut. tp Allah berikan akal dan tenaga kepadanya untuk berusaha mengelakkan kami dari ditimpa kecelakaan. masa tu hari pertama aku untuk mengambil PMR. Dia mengahantar aku dengan moto. di pertengahan jalan, kami berselisih dengan lori treler 16 tayar yang amat laju. entah macam mana, tayar motor pancit dan moto kami dah condong ke bawah tayar. nauzubillah, aku terpaku tidak terkata apa. Dia berusaha gigih agar moto itu tidak tumbang terus dan tersepit di celah2 tayar lori. Subhanallah, maha suci Allah, moto kami tidak terbabas.

Sepertimana dia bertarung untuk mengelakkan kami dari ditimpa kecelakaan, begitulah dia bertarung dengan kesakitan yang Allah uji kepadanya. Begitu tabah dan bersemangat dia untuk pulih. kami beri dia kata2 semangat. walaupun doktor tidak memberikan pengharapan, kami tidak pernah berputus asa. ibuku tetap memberi kata2 peransang kepadanya. dan dia mengangguk2 kepalanya. kami tahu dia akan pergi cuma bila..., kami tidak tahu. tiada kes di malaysia pesakit yang patah tengkuk dapat meneruskan kehidupannya, tp kami tetap berdoa dan berharap agar dia sembuh.Kekuasaan Allah mengatasi batas pemikiran manusia.

akibat kemalangan itu, saraf abangku mengalami kerosakan yang memberi kesan kepd paru2. doktor tidak dapat membuat pembedahan untuk tengkuknya patah kerana paru2 tidak elok. kami tidak berputus asa. kami cuba pula dengn perubatan tradisional.alhamdulillah, tengkuk yang patah telah sembuh dan berkembang. tapi sarafnya tidak elok lagi. sebab itulah dia boleh menggerakkan kepala. sebelum tulang tengkuk sembuh, dia hanya terbaring tegak. cuma dapat mengerling dengan ekor mata.

Luka2 akibat di tusuk jarum picagari tidak pulih. luka tebukan di leher juga tidak makin mengecil, malah makin membesar. itu tandanya sel2 dalam badan tidak  berkembang.tapi dia seorang insan yang dikurniakan ketabahan dan jiwa yang kental. dia tetap bertahan. dia tidak koma sebaliknya terjaga dan melihat sekeliling. hanya dpat menggerak-gerakkan kepala sahaja.dari paras tengkuk ke bawah sudah lumpuh dan tiada deria sakit lagi. semuanya tidak terasa apa-apa. hari-hari aku menangis dalam lif hospital. saat nak meninggalkannya , aku pasti menangis. oh....Tuhan, kembalikan kesihatan abangku. itulah doaku kepd Allah setiap hari.

Selepas terlantar hampir 6 bulan di hospital, pada pukul 2.30 pagi tarikh 13 oktober 2009, dia pergi membawa kesakitan dan kenangan terindah sepanjang aku bersamanya selama 28 tahun. Di sisinya, menanti penuh setia abangku yang sulong, yang tidak punya harta, tetapi tetap membantu dengan mencurahkan masa dan tenaganya menjaganya, dan juga di sisinya, si ibu tua yang begitu tabah, setiap hari mendoakan kesihatan anaknya.

Para jururawat seperti sn Azura, (dan ramai lagi, dah lupa nama mereka) telah kami anggap sebagai keluarga sendiri. pelukan mereka sewaktu mak mengiringi jenazah terasa begitu erat. mereka memohon maaf andai ada kesilapan yang mereka lakukan. Bagi kami, mereka tiada kesilapan, tetapi banyak membantu.

Memasuki pintu lif, terdengar suara mak berbisik perlahan....." hari ni kita balik sama ye, nak"

hari2 abangku ajak balik. tapi mana boleh dia balik dengan keadaannya yang tidak stabil itu. mak hanya bagi nasihat, 'bagi sembuh dulu baru boleh balik rumah, mak pun nak balik'. dan dia seperti selalunya, mengangguk lemah.......kasihan dan tersentuh hatiku....entah kau boleh balik atau tidak dengan kesihatan yang baik, abangku sayang...hanya Tuhan yang tahu. Hari ini dia pulang...pulang dengan aman ke rumah ibu bapanya...seterusnya akan berangkat jauh, sejauh-jauhnya meninggalkan kami. Tiada lagi senyuman dan gelak tawa serta usikan2 kepada anak2 saudaranya.

 aku amat rapat dengannya. dan dia paling banyak membantuku dari segi kewangan dan semangat. menasihati aku supaya menerima tawaran uitm. aku tak mau sebab aku kecewa selepas gagal matriks. kalau aku terima tawaran itu,apakah pekerjaan aku sekarang? di mana aku berada sekarang? yang penting, aku dapat menjaganya selama 6 bulan di hospital. aku yang menguruskan jadual untuk ahli keluargaku menjaganya pada waktu mlm. pada wktu siang , aku, ayah dan mak sudah pasti berada di sisinya.

Dia seorang yang bijak. amat menghormati org tua dan ibu bapa ku.

Dia memang baik, tidak banyak bercakap dan pemalu. sebab itulah dia tak kahwin walaupun sudah berusia 34 tahun. itulah takdir Allah untuk dirinya.

Selepas ketiadaannya aku baru teringat, dia seakan2 menghilang dari pandangan . Kebiasaannya, setiap kali pulang ke kampung, dia akan duduk di sofa menonton tv. aku akan bersalam dengannya sebelum kembali semula ke rumah kami. kali terakhir kami pulang ke kampung sebelum kemalangan itu aku tidak bersalam dengannya sebab dia tiada di sofa. aku mencarinya di setiap corok rumah. tapi tidak nampak kelibatnya. motonya ada di luar dan dia tidak keluar ke mana2. waktu makan tengahari tadi pun dia tidak kelihatan. sedangkan masa menghidng dia ada. ku pelawa dia makan dan dia kata dia nak makan. tp masa makan dia tk muncul lagi. aku mencarinya lagi, kelibatnya tidak nampak juga.

MasyaAllah, selepas dia pergi baru aku sedar, itu tandanya dia akan pergi meninggalkan kami. Aku meredhai pemergiannya dan semuga rohnya dicucuri rahmat dan Allah menempatkan beliau di tempat org2 yang beriman. beliau seorang yag bertuah kerana memiliki doa ayah dan mak. ayah dan mak sentiasa  mendoakan beliau. walaupun dia tiada, aku tidak akan lupakan kenangan bersama. kerana dialah, abangku di dunia dan di akhirat. di dunia kami tidak berpeluang untuk bersama, tapi di akhirat kami akan bersama jua. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang selama 28 tahun merasai kasih sayangnya di dunia ini .

Al-fatihah buat Allahyarham Mohamad Saman bin Dahaman.(04.08.1974 - 13.10.2009)

Wednesday, 4 January 2012

beras oh beras

pagi tadi, sebelum nak pi sekolah, aku gaduh ngan jiran. Aku habag elok2 ja. Sekali minaci tu panggil dia punya ane.......adeh2.....

ah, lantak lah. Aku nak stori pasai kisah semalam. nak sambung lagi. semalam tak sempat sambung sebab sakit kepala sangat.

Mungkin kejadian ni berlaku pada aku seorang saja kot. maklumlah, aku jarang masak. masa cuti tempoh hari hanya masak dua atau tiga kali kot......hehehe.

semalam masa nak masak nasi, alamak, banyak la bubuk,,,,(taktaula bahasa buku apa, tp kami panggil bubuk). binatang tu macam kutu tau....

tp beras tu masih elok. aku jemur beras tu untuk halau serangga tersebut. tak taula kalau ada cara lain, boleh la share.




Tuesday, 3 January 2012

Agenda Cuti Sekolah yang Tertangguh

salam semua
Cuti Hujung Tahun dah berlalu. esok dah bermula la rutin hidup sebagai seorang pendidik.
namun begitu, sebelum cuti tempoh hari, aku rancang untuk mulakan hobiku iaitu berkebun.
 
aku nak ubah pokok keladi kesayanganku dari atas tanah (dalam bulatan merah),


 ke dalam pasu yang comel. kesian pokok keladiku, dah terkambus dengan lalang yang sudah diracun itu.


Tanah pun dah dibeli, dan terbiar agak lama di halaman rumah


Harap2 agenda yang tertunda ni akan dilaksanakan pada tahun 2012.

Monday, 2 January 2012

Cameron Highlands 2012

Salam semua
baru balik dari CH(cameron highlans) dalam pukul 5.30 petang tadi. sekarang sambil menaip dan mendobi.ekekeke...
sebenarnya kami tak rancang pun nak pi sana. lagipun kami kan baru ja balik dari sana .
memandangkan pi ch pada waktu cuti umum, hotel memang mahal la. bilik harga 180 pun jadi 330. kami pun kensel la dok hotel idaman. akhirnya duduk hotel bujet ja. ok la tu....

waktu malam kami jalan sekitar hotel, lepas makan malam, ada bangla tanya....., cari bilik ke abang.....eh, tolonglah, aku  ke negeri bangladesh atau ch ni...
terus terang aku tak suka la wajah hadapan ch dipenuhi dengan bangla2 ni. org malaysia amnya dan  org melayu khasnya, tanak ke dok di barisan hadapan menyambut pelancong2. baru terserlah wajah malaysia tercinta ini.....huhuhu. merepek dah aku ni...

memang kami tak sangka, percutian kali ini umpama kejadian di Indon berulang. ini kerana wira diserang batuk, penat, demam dan selsema. kesian kat dia. Azizul Alhamdulillah, sihat dan ceria aje.

dalam pukul 5 pagi suami membawa wira ke hospital cameron highlands untuk sedutan nebulizer. aku tak ikut sebab azizul sedang nyenyak tidur waktu itu. dalam hati hanya berdoa semuga wira cepat sembuh.


 ni la hospital ch yang aku google kan. wah, cantik kan.


Pesakit tak ramai, unit kecemasannya pun rilek ja. tu yang sempat wan hashim tangkap gambar tu.hihihi. wah siap menjeling lagi tu. nanti ok la anak ibu yang hensem tu kan...

selepas sedut neb, dah boleh pulang. penat (asthma)nya tak teruk sangat. balik hotel wira boleh la tidor dengan nyenyak sikit.

dalam pukul 11.30, selepas bersarapan dalam bilik ( wan hashim beli kat luar ), kami terus balik ke penang. nak jalan wira pun dah penat. kami tak melawat mana2 tempat pun sebab kesian kat dia.

Dalam perjalanan dari ch ke tol, kami beli petai dari orang asli . 


di atas tol kami tak singgah banyak hentian. cuma singgah di r&r simpang pulai untuk makan tengah hari. Itupun kami makan dalam kereta ja. bila dah sampai Batu Kawan, kami terus singgah ke klinik 1Malaysia untuk sedut neb sekali lagi.


Beginilah lebih kurang klinik 1malaysia di batu kawan ni. sebelum kami tau klinik ni ada,  kami akan pi klinik swasta lain untuk sedut neb, ataupun ketika anak2 demam. Bila dah tau, hanya klinik ni yang kami bawa wira dan azizul.

ok...babai