Salam semua
baru balik dari CH(cameron highlans) dalam pukul 5.30 petang tadi. sekarang sambil menaip dan mendobi.ekekeke...
sebenarnya kami tak rancang pun nak pi sana. lagipun kami kan baru ja balik dari sana .
memandangkan pi ch pada waktu cuti umum, hotel memang mahal la. bilik harga 180 pun jadi 330. kami pun kensel la dok hotel idaman. akhirnya duduk hotel bujet ja. ok la tu....
waktu malam kami jalan sekitar hotel, lepas makan malam, ada bangla tanya....., cari bilik ke abang.....eh, tolonglah, aku ke negeri bangladesh atau ch ni...
terus terang aku tak suka la wajah hadapan ch dipenuhi dengan bangla2 ni. org malaysia amnya dan org melayu khasnya, tanak ke dok di barisan hadapan menyambut pelancong2. baru terserlah wajah malaysia tercinta ini.....huhuhu. merepek dah aku ni...
memang kami tak sangka, percutian kali ini umpama kejadian di Indon berulang. ini kerana wira diserang batuk, penat, demam dan selsema. kesian kat dia. Azizul Alhamdulillah, sihat dan ceria aje.
dalam pukul 5 pagi suami membawa wira ke hospital cameron highlands untuk sedutan nebulizer. aku tak ikut sebab azizul sedang nyenyak tidur waktu itu. dalam hati hanya berdoa semuga wira cepat sembuh.
ni la hospital ch yang aku google kan. wah, cantik kan.
Pesakit tak ramai, unit kecemasannya pun rilek ja. tu yang sempat wan hashim tangkap gambar tu.hihihi. wah siap menjeling lagi tu. nanti ok la anak ibu yang hensem tu kan...
selepas sedut neb, dah boleh pulang. penat (asthma)nya tak teruk sangat. balik hotel wira boleh la tidor dengan nyenyak sikit.
dalam pukul 11.30, selepas bersarapan dalam bilik ( wan hashim beli kat luar ), kami terus balik ke penang. nak jalan wira pun dah penat. kami tak melawat mana2 tempat pun sebab kesian kat dia.
Dalam perjalanan dari ch ke tol, kami beli petai dari orang asli .
di atas tol kami tak singgah banyak hentian. cuma singgah di r&r simpang pulai untuk makan tengah hari. Itupun kami makan dalam kereta ja. bila dah sampai Batu Kawan, kami terus singgah ke klinik 1Malaysia untuk sedut neb sekali lagi.
Beginilah lebih kurang klinik 1malaysia di batu kawan ni. sebelum kami tau klinik ni ada, kami akan pi klinik swasta lain untuk sedut neb, ataupun ketika anak2 demam. Bila dah tau, hanya klinik ni yang kami bawa wira dan azizul.
ok...babai
sakan datin nani kita ni berjalan..hehe.besnya
ReplyDeletetak menjadi la jalan2 kali ni...demam habis
ReplyDelete