Salam semua..
apa khabar
dah lama tak update blog...bukan apa
dah kering idea, masa pun tak banyak..huhuhu
ni nak cerita pasal mahasitua..hahaha........
demi dg41, kenalah korbankan masa dan tenaga untuk pencapaian peribadi kami sekeluarga...cewah!
menyesal tak sambung dari awal, dah beranak pinak ni rasa amatla susah sebab komitment yang banyak.
tak pelah, asalkan berusaha, pasti ada kejayaan..kan kan
menjadi seperti burung hantu yang berjaga malam...boleh ke?
tak boleh rasanya sebab malam memang time tidor selepas seharian dengan kerja dan anak2....
Atau adakah akan stress macam gambar bawah ni?
oh...tidakkk!
Harap2 Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. amin.
sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. ingin berkongsi kegembiraan hidup ini dengan anda semua. nikmati hidup ini gumbira......hahaha
Wednesday, 29 February 2012
Sunday, 26 February 2012
Rindu rinduan time sibuk2
Alhamdulillah
ayah dah keluar wad. ayah kena tahan 4 hari 3 malam di hospital sungai bakap. jangkitan kuman pada paru2. masa dapat berita kaki rasa lembik dah. Hati tak henti2 berdoa semoga ayah cepat sembuh. kesian ayah. tu la ayah, tak reti dok diam. ada saja kerja nakbuat. menyangkul la, menebas la... isi masa lapang la tu. mak dah pesan jgn buat kerja berat2. ayah kan ada asma...
Tuesday, 7 February 2012
Riang Ria bersama Azizul
AMBIL cuti hr ni kerana pengasuh azizul pi hantar anaknya ke mrsm. wah...seronoknya layan azizul hari ni. wira dan abah gi sekolah. kami sepah-sepahkan rumah..hahaha
azizul yang comel...cute dan baik
|
bersama ibu yang cantik lagi jelita ni
|
pssssst: jgn percaya tau.....(jodi dlm stairway to heaven... filipina drama ye, not korean drama)
nak lagi tengok wajah saya yang cantik tak?
boleh......tp jgn koma pulak ye..hihihi
suka sangat dengan mata nya....Indahnya ciptaan Allah pada manusia bernama rhian ramos ni.
Sunday, 5 February 2012
Apa Itu Resdung?
(dipetik dari ruangan Kesihatan Mingguan Malaysia, 5 februari 2012)- Perlu catatkan di sini sebab mengesyaki Manzur Azwira mengalami simpton2 yang di sebutkan.
Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung.
Apa Punca Resdung? Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, hama, debunga dan kutu. Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tersekat. Kalau udara tidak dapat keluar, ia pasti terkumpul di dalam. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Lebih parah lagi, resdung boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya anda boleh hilang deria penglihatan ia juga boleh menjangkiti otak.
Wira sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan berair ( mata kiri selalu di tenyeh sehingga merah), dan hidung tersumbat( selalu tenyeh hidung dengan kuat). akan bawa wira jumpa doktor sebab kalau dibiarkan berterusan, rongga sinus akan tersumbat.(Terdapat 8 rongga sinus). Terdapat juga pesakit yang mengalami asma (wira diserang asma ketika berusia 5 tahun) akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.
Rawatan awal dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan hingga sembuh. Risiko dijangkiti akan lebih besar jika ada ahli keluarga terdekat menghidapinya. Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 - 11 thn. 80% menghiapinya semasa berusia 20 an. Ketika usia muda, alahan biasa berlaku kepada kanak2 lelaki berbanding perempuan. Tetapi apabila dewasa peratusannya lebih kurang sama.
Petua Mengawal resdung

struktur hidung manusia(google)

- Elakkan memelihara binatang berbulu di rumah seperti kucing dan arnab
- Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang yang diperbuat daripada bulu binatang.
- Bersihkan permaidani. gunakan penyedus hampagas yang berkualiti tinggi( jika perlu).
- gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah.
- minum banyak air suam/ mineral
- Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam. seeloknya basuh muka tiap kali sampai rumah kerana di luar banyak habuk.
- Jika anda alah terhadap jenis makanan tertentu, contohnya makanan laut, elakkan makanan berkenaan.
Thursday, 2 February 2012
manzur azwira
Hari ini tak ada apa nak cerita pun. cuma cerita tentang ular peliharaan wira ni. hahaha
gambar 1 wira umur 9 bulan kot...tak ingat. tp tecik lagi la.
tengok la ular tu..pun tecik juga.
ni gambar wira umur 5 tahun 5 bulan. kalau ikut tahun dah umur 6 tahun. ular ni pun dah besar kan.....
wira nak pegang pun dah tak larat. pandai penjaga ular ni jaga ular sawa yang cute ni.
Setiap kali datang zoo tepeng, mesti tangkap gambar ngan ular kan..huhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)