Sunday, 5 February 2012

Apa Itu Resdung?

(dipetik dari ruangan Kesihatan Mingguan Malaysia, 5 februari 2012)- Perlu catatkan di sini sebab mengesyaki Manzur Azwira mengalami simpton2 yang di sebutkan.

Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung.

Apa Punca Resdung? Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, hama, debunga dan kutu. Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tersekat. Kalau udara tidak dapat keluar, ia pasti terkumpul di dalam. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Lebih parah lagi, resdung boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya anda boleh hilang deria penglihatan ia juga boleh menjangkiti otak.

struktur hidung manusia(google)

Wira sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan berair ( mata kiri selalu di tenyeh sehingga merah), dan hidung tersumbat( selalu tenyeh hidung dengan kuat). akan bawa wira jumpa doktor sebab kalau dibiarkan berterusan, rongga sinus akan tersumbat.(Terdapat 8 rongga sinus).  Terdapat juga pesakit yang mengalami asma (wira diserang asma ketika berusia 5 tahun) akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.

Rawatan awal dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan hingga sembuh. Risiko dijangkiti akan lebih besar jika ada ahli keluarga terdekat menghidapinya. Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 - 11 thn. 80% menghiapinya semasa berusia 20 an. Ketika usia muda, alahan biasa berlaku kepada kanak2 lelaki berbanding perempuan. Tetapi apabila dewasa peratusannya lebih kurang sama.

Petua Mengawal resdung

  • Elakkan memelihara binatang berbulu di rumah seperti kucing dan arnab
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang yang diperbuat daripada bulu binatang.
  • Bersihkan permaidani. gunakan penyedus hampagas yang berkualiti tinggi( jika perlu).
  • gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah.
  • minum banyak air suam/ mineral
  • Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam. seeloknya basuh muka tiap kali sampai rumah kerana di luar banyak habuk.
  • Jika anda alah terhadap jenis makanan tertentu, contohnya makanan laut, elakkan makanan berkenaan.



3 comments: