Wednesday, 14 March 2012

masker original

Haaaa....masa cuti ni makcik terrrajin suda apabila membuat masker dari bahan2 yang segar dari ladang gitu. Bahan2 ini adalah lebihan untuk menu semalam. hari ini masak simple sahaja, jadi banyak lah lebihan bahan tersebut.

bahan-bahan nya senang sahaja :
1. timun
2. tepung jagung, dan
3. air

cara membuat nya:
1. blender timun (buang bijinya)
2. masukkan tepung jagung ( agak2 boleh pakai cam bedak tu)
3. kemudian sapukan ke wajah anda.

Senangkan. Masker ini dapat melembutkan dan menggebukan wajah si pemakai. Insyaallah. Masker ni kali terakhir makcik buat masa belajar dalam tingkatan berapa entah la...dah tak ingat. Dapat dari majalah mana pun tak tahu la. Pastu lama tak buat dah..mim alif lam sinn...hehehe

 ini rupa timun sebelum di blender. biji nya dibuang.

Selepas di blender jadi camni. Pastu bila nak bancuh, ambik 2 atau 3 sudu (ikut saiz muka...hihi), campur dengan tepung jagung agak-agak boleh jadi cam bedak. Yang lebih boleh simpan dalam peti ais. Boleh guna selama 2 hari. Kalau lebih hari takut masam pulak. Kalau tak masam, leh la guna lagi.hihihi

Pastu tempek le  ke wajah . Macam gambar google ni. hihihi. 
Selamat mencuba. :)

 Nanti makcik upload muka makcik masa pakai masker ni yer.Bukan tanak upload, takut ada org pengsan pulak.  Sebab belum mandi pagi lagi masa masker ni buat..hahaha...kantoi.


No comments:

Post a Comment