Monday, 30 April 2012

Selamat Hari Buruh

1 mei 2012
hari cuti kepada semua pekerja
tapi tugas sebagai ibu dan isteri tak dak cuti ye
hari cuti bekerja di pejabat, kenalah habiskan kerja yang terbengkalai di rumah ni
hahaha
betapa besarnya jasa para buruh, sampai jd jenama minyak masak. kihkihkih. mai pakat2 beli minyak masak cap buruh sempena hari pekerja hari ni ye. hihihi



Wednesday, 25 April 2012

Saya penggemar warna hijau

Hijau

adalah warna kegemaran saya. saya suka hijau pucuk pisang. memang dari kecik, cukup suka dengan warna ni. sampaikan kakak2 n abang2 dah tau. baju raya mesti warna hijau. masa sanding teringin sangat pakai hijau. tapi apakan daya, en suami tak berkenan warna tu. kontras dengan warna kulit dia. huhuhu.

Rumah yang kami duduki sekarang memang tak buat apa2. tapi saya berangan kalau ada duit nak semua warna hijau. angan2 ja. hihihi. Silalah layan angan2 saya ni ye.

Cadangan untuk ruang tamu.













Cadangan untuk dapur
Ruang makan




















Tadaaaa, bilik tidur kami.

bilik wira. kaler merah la pulak
bilik azizul lembut sikit. hehehe











Namun semua ini hanya angan2. mungkin en suami tak setuju. huhuhu.

endless love

Assalamualaikum wbt
Salam 1 Malaysia

Kali ni nak cerita pasai drama tagalog yang tengah hot di tv3, endless love. cerita ni di  copy paste dari drama korea autumn in my heart.

simple ja org philipines ni ye..main cilok2 ja. sejibik lak tu jalan cerita dia. hahaha. . yang penting pelakon dia cun sangat. iaitu marian rivera. dia jadi jenny. fizikalnya pendek sikit berbanding sorang  lagi yang tertukar masa kecik, si shirly. shirly ni comel, dalam cerita marimar, dia jadi innocencia, dia make-up lembut, sweet ja muka. dalam endless love dia jadi jahat, make-up pun terang. terus tak come..hihihi

gambar ni di google. nampak sopan ja pakai t shirt kan.

ni la hero dan heroin drama ni. 

ni la si shirley atau nama sebenar nadine samonte. comel kan...

ni la pelakon autmn in my heart tu.

sekarang ni gila betul tgk telenovela. tambah pula ada astro bella. pening kepala laki bila bini layan drama . hihihi.
adios

Sunday, 22 April 2012

Lepak-lepak di SP

Alhamdulillah, leganya segala tugasan dah berjaya dihantar. walaupun banyak halangan, akhirnya sampai juga ke tangan pensyarah, hahaha. Dugaan betui minggu ni. Dahla assignment lum siap, diserang demam teruk pulak. Ditambah gula lagi apabila jijun pun demam, batuk dan muntah2. Nauzubillah, dugaan sungguh.
semasa di kelas, mami kesian sungguh dengan sorang member ni. partnernya tak puas hati dgn tugasan yang dia buat. lepastu partnernya nak buat lain dan hantar lain kali. ish....tak patut betul kan.

lalalala

Balik dari kelas, mami dan suami rancang nak bawa budak2 pi tidor hotel. lepas maghrib, sesudah mengemaskan barang ala kadar, kami pun berlepas ke sungai petani. kunun2 untuk lihat pemandangan indah la kan. jadilah kat sungai petani pun ok apa.hahaha. kami tidur di hotel kaler hijau, nama la vista hotel kot. ah belasah ja...hihihi. smbil tengok pemandangan indah ni di jepun..hihihi (dalm mimpi ja)


Lepas check out, kami pi shopping buku guna voucher. TQ tok najib sebab bagi voucher. memang berguna. (tak kisahla kalau org kata nak pancing undi ke apa, yg penting masyuk kan)

Lepas tu pi jakel, beli beberapa pasang kain.... mula2 nak beli sepasang, lepas tu telah digoda oleh adik pelayan yang cute, ambik 3 terusss. kunun dapat cabutan bertuah kalau beli pada sesuatu harga. ah, itu semua dusta.



Kemudian mencari pasangannya, iaitu tudung di Ariani. Beli 2 helai shj sebab tak dak sale pun.


Gambar kat atas digooglekan sahaja sebab malas nak upload dr camera. kami sampai rumh pukul 4. sampai ja rumah mami teruskn aktviti surirumh solehah dengan mendobi pakaian yang menimbun selama 4 hari itu. hahahah  tu dia,,,,,, ok ta ta ti ti tu tu.

2009 dlm kenangan

20/4 - Tarikh keramat ini telah berlalu. ya, pada tahun 2009, tarikh ini lah mami terima berita mengejutkan. arwah abang mid ditimpa bencana.

21/4/2009 - dalam kesedihan dan kekalutan, pengasuh wira pula bercerai dengan suaminya. kasihan sungguh wira. mungkin dia trauma dengan kjadian2 tu. harap2 wira dah lupa dn tidak tinggalkan kesan pada perkembngan dia nanti.

22/4/2009 - Pulangnya Armarhumah pn Wardati Zakaria ke Rahmatullah. Sahabat dari sk Bayan Baru.

Peristiwa berangkai ini berlaku dalam masa 3 hari. Ujian Allah untuk setiap hambanya yang terpilih. Kasih sayang Allah meliputi segenap suka dan duka hidup kita. Semoga manusia menjadi bersyukur dan tetap sujud kepadanya. Amin.........

Selama 6 bulan GH menjadi rumah kedua buat diri mami sekeluarga. Selepas 3 tahun berlalu, kerinduan ini masih bertandang dan masih kuat. Ya, rindu sangat2 . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Tuesday, 17 April 2012

6 tip elak TEKANAN

Tangani stres sihat sepanjang hayat
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress.
Stres ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stres di rumah, sekolah atau tempat kerja.
Kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stres boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang.
Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.


Stress


Kenapa anda stress?
* Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
* Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan)
* Pekerjaan anda (contoh: Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak dinaikkan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja)
* Komuniti anda (contoh: Jiran dan komuniti tidak ramah)


Bila anda rasa stress...
* Jantung berdengup kencang dan sukar bernafas
* Anda cepat marah
* Anda rasa tidak gembira
* Anda kehilangan selera makan
* Anda hilang minat bekerja
* Anda tidak lagi menikmati hobi
* Anda tidak cukup tidur
* Anda menengking-nengking
* Anda ingin membaling sesuatu
* Anda cuba menjauhkan diri


Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
* Menyedari yang anda sedang marah... Katakan: "Saya sedang marah"
* Bertenang... kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
* Kenai pasti kenapa anda marah
* Cuba dengar penjelasan orang lain
* Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
* Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
* Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
* Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan


Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara IDEAL
I - Kenal pasti masalah (Identify the problem)
D - Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible options)
E - Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya (Evaluate consequences of each option - the pro's and con's)
A - Bertindak - pilih satu cara untuk bertindak (Act)
L - Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn)


Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah
* Berfikir secara positif
* Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
* Belajar menyukai diri sendiri
* Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
* Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah
* Jangan risau tentang kekurangan yang ada Bertenang
* Lakukan senaman selalu
* Adakan hobi
* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
* Dapatkan tidur yang cukup
* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
* Bersifat asertif. Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri
* Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. Tidak semua anda dapat kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

9 TIP CEMERLANG belajar sambil bekerja

Dipetik dari majalah SDK januari tahun 2008. hahaha, selak2 majalah lama yang ada di library sek, terjumpa artikel ni. macam kena ja, mami taip la. (Huh, assignment tak buat lg ni)

1. Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah dilihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca nota atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu ke destinasi.
( kita kat penang takdak tren....abaikan. kalau pi ngan kawan2, kita leh baca nota kuat bagi semua org dengar..best best)

3. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.( hah, kami suami istri ada hobi baru iaitu mengayuh basikal. cuma masa tak ada )

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir, atau tiba2 terjadi masalah kerja, beritahu pensyarah lebih awal. Mereka juga manusia, pastinya mereka faham beban anda.

5. Sentiasa ingatkan diri matlamat utama anda sambung pengajian. Jika anda sambil lewa, ia akan merugikan wang, masa dan tenaga anda.

6. Beritahu ketua atau atau majikan anda akan menyambung pengajian.

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.

8. Wujudkan tempat bekerja yang selesa. gunakan apa saja kaedah yang dapat membantu anda lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pengajiaan dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar org tersayang pasti dapat membantu anda.

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.

Sunday, 15 April 2012

Kalut

Wah lama sangat rasanya mami tak update blog ni. tak sempat nak curi masa pun untuk menulis. namun sempat lagi membaca blog kawan2. cuma tak berkesempatan untuk mengomen. dalam kesibukan ini, nak mengomen apa pun tak tau. Idea hilang terus. huhuhu

semalam 14/4 ada kelas ppg di ipg tuanku bainun. Tugasan dah hantar sikit. ada lagi baki2. pening tol. balik kelas semalam singgah pasar malam beli ikan. sedapny beli ikan tenggiri. cadangnya nak buat gulai la tenggiri tu. sekali rempah dan santan lupa beli. akhirnya digoreng sahaja. seperti kata iklan, goreng pun sodap. hahaha

Tentang anak2, syukur alhamdulillah, Allah lapangkan kami dengan memberi kefahaman kepada mereka. mami boleh menaip tugasan dalam leptop ni, sambil depa menonton TV. Syukur ya Allah, sememangnya anak2ku amat memahami walaupun jijun yng baru 2 tahun. oh ya, jijun baru sja sambut ulang tahun ke 2 pada 2/4 baru-baru ni.

Macam mana boleh tak kacau ibunya tu? hahha, sekali ibunya jerit, berlarilah si anak yang patuh tu ke lain. 2 3 kali kena marah, terus tak kacau.. huhuhuhu, kawan2 jgn tiru macam saya. kesian tau. tapi nak buat macammana. mami tak boleh tidur lewat. badan lemah. tidur lewat mesti akan diserang demam. anak2, please understand me, ok? cewahhh

Azizul dn wira juga diserang demam semalam. risaunya. dalam kelas memang teringat kat depa la. apapun, mami tetap bersyukur kerana diberi peluang merasai kekalutan ini. tidaklah kita selalu leka kan...


Saturday, 7 April 2012

2/4-5/4/2012 : kejohanan olahraga peringkat negeri p.pinang

Selepas jadi pegawai peringkat zon tempoh hari, mami jadi pegawai peringkat negeri pulak. penat gila. memang kali ni badan pun rasa sakit2. apa apa pun tetap buat dengan enjoy agar tak jadi beban nanti. yang jadi juara masa peringkat zon nibong tebal, masuk peringkat negeri, memang ke belakang dah. Tambah pula kena bersaing dengan sekolah sukan mutiara impian.

 acara perasmian

 Para pegawai menunggu acara perasmian berakhir.

 Sebahagian peserta masuk padang

 Acara lompat jauh.

 Cedera pulak

 Jessie, ex-student SKBB

dengan cikgu aini dari SMK Sacred Heart dan 'makcik' pelajar form 2 smk simpang empat. memang kecoh budak ni