Dipetik dari majalah SDK januari tahun 2008. hahaha, selak2 majalah lama yang ada di library sek, terjumpa artikel ni. macam kena ja, mami taip la. (Huh, assignment tak buat lg ni)
1. Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah dilihat.
2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca nota atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu ke destinasi.
( kita kat penang takdak tren....abaikan. kalau pi ngan kawan2, kita leh baca nota kuat bagi semua org dengar..best best)
3. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.( hah, kami suami istri ada hobi baru iaitu mengayuh basikal. cuma masa tak ada )
4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir, atau tiba2 terjadi masalah kerja, beritahu pensyarah lebih awal. Mereka juga manusia, pastinya mereka faham beban anda.
5. Sentiasa ingatkan diri matlamat utama anda sambung pengajian. Jika anda sambil lewa, ia akan merugikan wang, masa dan tenaga anda.
6. Beritahu ketua atau atau majikan anda akan menyambung pengajian.
7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.
8. Wujudkan tempat bekerja yang selesa. gunakan apa saja kaedah yang dapat membantu anda lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pengajiaan dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar org tersayang pasti dapat membantu anda.
9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji.
pembakar semangat la ni hehe
ReplyDeletehehehe....
ReplyDelete