Thursday, 3 May 2012

Murninya hati adik ni

Terharu sangat hari ini (3/5/12). Mami perlukan semeter kain chiffon berwarna hitam. Di simpang ampat, takdak gedung kain. Yang ada hanya di parit buntar ataupun di seberang jaya. Dengan selambanya mami minta tolong adik azizi belikan sebab dia tinggal di PB. Dia senyum2 malu sebab kena beli kain. Sedangkan dia pun tak kawin lagi. hihihi. Dia mau tolong belikan. oh, adik ni. baiknya dia.

Masa tengah suruh dia beli tu, ada sorang member pesan susu tepung untuk anak dia pulak. susu tu hanya ada di PB sahaja.  di sebuah klinik homeopati. member ni suh beli sepuluh lak tu. azizi yang baik ni sanggup belikan. oh....terkedu daku....

Siyesli, adik ni ada iras2 arwah abang mid, sebab tu mami suka tgk dia. ( tak ada perasaan lebih ya. ) rasa sejuk ati tengok dia. pandainya ibu bapa dia mengasuh dan mendidik dia. wah....kagum terlebih plak.

Pagi ni (4/5) dia bawa barang kami pesan tadi. nak menitik airmata tengok dia bawa barang2 tu. nampak keikhlasan dia. adik azizi, kak doakan azizi dapat isteri yang baik juga ye. harap2 jgn la dapat isteri cam mami ni.....hahaha dah lah malas, kurang sopan santun lak.


Mami berdoa wira akan jadi anak yang sholeh dan baik hati, macam abang jiji ni. Amin

2 comments:

  1. eh silap tu...pae kenal nani mcmana..bukan malas dan bukan tak sopan santun.nani seorang kwn yg baik dan memahami, selamba dan paling pae suka nani tak sombong..apapun semoga anak2 dan keturunan kita baik2 ye nani.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. ye ke pae. i nak jadi sopan santun. tp takleh. main belaaaasah ja.

      Delete