Sunday, 10 March 2013

cerita buat D&C di OT

teringin pulak nak cerita pengalaman dalam ot. saya ni penakut gila dengan hospital, jarum, pisau bedah dsb. bila terkena batang hidung sendiri...ooo macam gini rasanya. dan lagi satu saya nak kongsi pengalaman di hospital kerajaan. bagi saya perkhidmatan bagus saja. cuma kena layan kerenah birokrasi yang mementingkan kes kecemasan. jadi kes kami yang tak berapa cemas ni kena tunggu turn lah.

selepas 24 jam puase dan dah tak ade tenaga, baru la dapat bedah. ot penuh dengan pelbagai kes emergency. hari sabtu lak tu.

Masuk wad kul 12 tgh malam hari jumaat,pukul 7 malam hari sabtu baru lah 5 orang patients yang senasib disorong ke ot satu persatu. masa disorong ke ot tu atendan tu dok sembang sama depa.

"samala muka kak ana dengan adik dia ni" hihi  atendant tu kenai kakak kite sebab kakak kite pernah kerja misi kat hosp. sbrg jaya.

"adik kak ana putih sikit nu " kata atendant a

" sama sama putih tp adik kak ana ni tak ada jerawat "

hakhak.... 

seselum masuk bilik bedah yang sebenar, kmi ditempatkan dalam satu bilik. dalam bilik tu ada doc tanya "u tau dak u ada anemia"
" ye tau" pastu buat buat  tanya soalan lak kat doc tu. "Bahaya ke anemia tu"doc tu pun bagi penerangan. Kite angguk angguk ja. Dalam hati menyesal gila dok buat2 ramah  dalam takdak tenaga tu. Pjg lebar lak tu penerangan doktor apek tu.
Dalam ot semua memainkan peranan masing-masing.check line drip ok ke tak. ma lelaki pasang alat letak kaki. hadui cepat sungguh depa wat kerja.  doktor bius perkenalkan diri.  dia terangkan la camna dia nak bius tu. lepas tu kan doktor bius tu cina lelaki berdiri sebelah kiri dia nak check line drip kat belah kanan selamba ja dia menerap atas aku. pastu boleh kata sori camtu ja. hellooooooo... u tau tak patient nak kena bedah ni tak pakai sebarang pakaian dalam tau. suka hati apek tu ja no....

sebelum ditidurkan misi pesan jangan pejam mata. tarik nafas hembus nafas.....sampai lena. kite tak ingat sempat mengucap ke tidak, baca bismillah ke tidak.....semua lupa dah

semasa tak sedaq tu tak tau la apa depa buat kat tuuuuuuut kita tu. redha aje lah....huhu

bila sedar rasa terlena kejap aje. kite ni wat wat ramah tanya doc berapa lama lena. doc tu jawab 10 minit dengan tak ikhlsnya. cuih....... mujoq tak nampak muka doc tu...kalau nampak teruk la kena kutuk. hua hua.

keluar dari ot...bila drip dah buang... legala. takyah usung botol ayaq merata.

memang sedih tp rasa bertuah juga dapat rasa pengalaman macam ni. kita nak elak tp Allah tentukan kita perlu merasai pengalaman ini.... Subhanallah. Maha Suci Allah.
 



 my pengalaman

2 comments:

  1. kami takut juga...tapi sbb terpaksa. redha je kan... yg keguguran hari tu ke? oh..mmg ditidurkan ke? penah dengar, ada yg cuci hidup2....cam na tu? sakit tak lps tu?...hahhaa banyak lak tanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah keguguran thn lepas tu. Masih trauma kak.Takut juga dengar cerita kawan kawan kena cuci hidup hidup.lepas dnc tak sakit apa cuma rasa kembung perut ja. Syukurlah kami kena bius sampai lena

      Delete