Thursday, 17 March 2011

aku sebuah botol susu polikarbonat dengan BPA

assalamualaikum.....

aku sebuah botol susu polikarbonat.. aku telah berkhidmat kepada tuanku selama 5 tahun sejak anak sulong tuanku lahir ke dunia lagi..... tuanku setia menemaniku dario thn 2006 hingga tahn 2010. pada tahun 2011, tuanku berubah angin pulak...dia memilih botol susu FREE BPA...aduhai nasib aku tentulah terbuang ke dalam tong sampah...khidmat aku tak diperlukan lagi...
inilah keadaan aku sekarang

di sinilah tempat aku...... bersama kasut dan barang permainan yang tidak berfungsi,,,
satu masa dulu...
tuanku menggunakan aku untuk menyimpan stok susu segar... penuh aku dalam tempat beku peti ais...aku amat kesejukan tapi demi untuk anak tuanku yang cuma minum susu ibunya, aku tetap bertahan....  aku tak kisah kesejukan....... selama sebulan aku berada di dalam peti sejuk kerana tuanku menyimpan stok susu selama sebulan... aku ada berbagai bagai jenis dan bentuk.... akau seronok berda dalam peti ais kerana ada lebih kurang 40 biji rakanku...
inilah kawan-kawanaku yang mengharungi kesejukan



banyak kan kawan kawan aku...? tapi kini semuanya telah berakhir... pada tahun arnab ini tuanku menukar kami dengan botol susu tanpa BPA... katanya aku merbahaya... Bisphenol A dalam badanku boleh memudaratkan bayi tuanku yang comel... aku redha dan pasrah .yang penting anak-anak tuanku sihat dan selamat...inilah pengganti diriku....




pengganti diriku amat cantik dan selamat. patutlah tuanku berubah hatinya.........

No comments:

Post a Comment