mesti tertanya-tanya kenapala saya letak gambar ni..... minat sgt cerita ni sampai pengsan.hahaha
`
`
`
`
`
okla, nak kenalkan hero-hero kebanggaan saya
inilah putera kebanggaan saya... anak sulong yang kami terima lepas kahwin..tak tunggu lama..bulan 11 nak sambut first aaniversary, manzur azwira pun lahir ke dunia pada 17.9.2006, syukur kepada Allah..
aku ingat lagi tatkala kandungan mencecah 37 minggu dan due date yang berbaki 3 minggu lagi, suamiku minta izin untuk pergi tengok perlawanan akhir bolasepak perlis vs n.sembila(lakiku org perlis daaa) di stadium nasional bkt jalil. aku dengan mithalinya bagi lampu hijau....
lalu...suami aku hantar aku balik kg .....
pada petang sambtu 16.9.2006 aku makan nangka yang mak aku simpan dalam peti ais selama seminggu...(hobi mak simpan makanan sebab dia sayng nak buang makanan) ...sedap kemain lagi...
pada petang itu juga ada org kg nak beli buah pinang...mak aku plak takdak sebab p mengaji ( sekali lagi mak aku adalah pembekal sirih dan pinang di kg tersebut...hahaha)..aku pun dengan gagahnya kait buah pinang masak tersebut...fuh..berjaya....
~
malam menjelma...aku ok lg tgk bola live..... kot2 nampak muka laki aku yang ensem tu masuk tv...hahaha
~ jeng jeng ~
jam melankaui angka 10...tiba2 aku rasa nak membuang sesuatu...... (hihihi....ni yang tak bes ni)
sekali...
2 kali...
3 kali..
~
mak aku pun pelik,lalu dengan firasat org berpengalaman diakata aku dah sampai masa untuk bersalin.... apa aku jawab? " mak, sakit perut makan nangka td la .... "
solehahnya jawapan aku
kali ke empat dan kelima.....
tak ad apa yang keluar..sahla aku memang nak beranak...dengan pantas arwah abang mid pandukereta kancil bawa aku g sepital...ops, dengan mak sekali la...termasuk seorang bidan...
suamiku diberitahu, dia pun dah dlm perjalanan pulang...oh ya kami g sepital kul 6 pagi....bila aku sampai sepital laki aku dah sampai dulu dengan muka pucat lesi...eh mcm dia lak nak beranak.....
selepas menharungi pengalaman yang menarik, putera sulong pun lahir dengan selamat pukul 10.38 pagi.......oh ya pasukan mana yang menang? mestilah perlis. sebab tu la nama anakkami Manzur Azwira.laki aku yang boh la tu.......
hahaha...best tak pengalaman melahirkan bby yang pertama ni....?
No comments:
Post a Comment