Tuesday, 11 October 2011


Aku dikejutkan dengan ayat anak lelaki sulung yang berusia 5 tahun...


begini ayat dia " ibu ni asyik beli barang untuk kawan ibu , tak beli kat abang pun" - 


(kawan ibu merujuk kepada anak2 muridku (aku shotcut jd AM), sebab bila dia tanya barang samada BBM atau hadiah tu untuk sapa, aku akan jawab ni kawan ibu punya abang jgn ambil tau). 


 dah banyak kali berlaku dan apabila jawapan tadi aku berikan, dia tak kan usik punya. sehinggalah ayat power itu keluar dari mulutnya semalam.....


lantas aku pun terfikir, memang aku lupa untuk mendidik wira supaya membaca atau mengenal huruf. aku hanya lepaskan ke tangan cikgu tadikanya sahaja.

tanpa aku sedar, dalam mulut aku menyatakan tak suka ajar subjek ni, sikap ku yang kasar dan tegas pada AM, rupa-rupanya terselit 1 naluri halus bahawa aku sayang dan mahu anak2 yang tercicir ini berjaya.


mereka telah bangun dari lena yang panjang, bersemangat dan berusaha untuk memenangi hati guru mereka yang garang ini.


 aku tidak dilahirkan sebagai guru tapi keadaan yang mencampakkan aku ke dalam bidang ini.


 aku tak suka ajar subjek pemulihan dan selalu jumpa Gb supaya akau tak payah ajar subjek ni. walaupu hatiku tak rela, aku lakukan jua. Entahla aku ikhlas ataupun tidak. Hanya Tuhan yang tahu......

Aku paksa budak2 ni supaya kenal huruf, tahu eja sukukata. Aku nak mereka lepas saringan Linus supaya tak payah bersoal jawab dengan PPD, JPN ataupun KPM

MasyaAllah, rupa-rupany aku bukan buat semua ini kerana Allah, tapi Allah makbulkan juga doa ku...kerdilnya aku di sisi Allah, betapa Allah membantu ku dalam kekhilafan aku selama ini.

Mujur la ada si kecil wira yang sedarkan aku. selalu juga suami aku berkata bahawa aku ni tak habis2 cakap pasai kelas. nah...rupa-rupanya aku ni memang komited.hahaha

No comments:

Post a Comment