percutian ke cameron memang takdak dalam plan. gara2 tgk rancangan langit dan Bumi di ASTRO..terus nak pi. lagipun sebab depa kena tinggai masa kami pi hatyai, kami bawa depa mai sini la.
apapun selepas masuk je daerah cameron, hati kurang senag sikit dengan pemandangan yang agak kotor. seperti bandar yang baru hendak dibangunkan pulak. tanah yang dikorek terbiar di tepi jalan. rumah2 penduduk di sepanjang jalan pun sakit mata memandang. segala anak baju, ayah baju, adik baju di sidai di tepi rumah dan melambai2 ke jalan..ish....amat tak best
dalam dok demam2, wira tetap hepi. dapat pulak petik stroberi sendiri.
asyik tangkap gambo stroberi ja.... tangkap gambo sunflower plak
tengok kasut azizul dah tercabut....
minum tea dulu
hero2 saya yang kental dan hensem.
dengan bajet tidak rm300, kami boleh menikmati percutian yang santai dan bermakna. kalau anda peminat setia cenderamata, di sini tersedia pelbagai cenderamata yang murah. pelekat peti ais dan key chain berharga rm1 sahaja. tapi awas, tidak semua tempat menawarkan harga semurah ini. di tempat lain pelekat peti ais berharga rm3 satu!
tgk ni...tak sejuk mata memandang pun
sampah berselerakkan
dalam hotel star regency
wira minat sungguh dengan kereta kodok ni.
sukanya dia
hensem kan
selepas kali ke enam menjejakkan kaki di tanah cameron, baru kali ni ambik peluang pick your own stroberi
mujurlah di hadapan hotel penginapan kami iaitu star regency terdapat kedai yang menjual cenderamata yang murah ini. pada waktu malam pulak ada ekspo. murah dan berbaloi2 juga. tp sayang, semua penjual bangsa asing. para tokey lebih suka letak bangsa asing seperti bangla, indon dan vietnam melayan pelanggan. takdak langsung wajah Malaysia(melayu khasnya). kaum cina banyak juga yang jaga gerai mereka.
ala...comenya dia.
di cafe bharat
bunga ni pun nampak cantik di sini. kalau di penang memang tak cantik
pandai bergaya kan budak ni.
saya sempat beli t shert yang trendy berharga rm13. takla mahal sangat pun. bagi yang gemar feshen muslimah, jgn risau, baju cameron highland juga menawarkan t shert muslimah. memang cantik dengan tulisan cameron highland dan pattern baju yang terkini.
wan hashim laaayan!
hijau mata memandang. cantik gambar ni sebab aku yang tangkap..hahaha.
comenya azizul atas stroberi tu
wah...berdiri atas stoberi
ni la baju yang saya beli di hatyai tempoh hari.
baju sejuk wira tu pun dibeli di hatyai juga
wah....sukanya azizul
ada satu family yang rombongan tah dari mana. dok konker buaian. tak paham2 bapak depa wira dok kata nak naik buai dan melompat kat buaian tu. sampai kena perli ngan wan hashim pun depa dok naik lagi....dekat sejam tunggu baru wira dapat naik buaian. macam buaian persendirian pulak. taktau nak bertimbangrasa. hampeh
sarung tangan dan kaki yang dibeli di sini. sejuk gila tau. ada sorang mamat tu siap pakai baju sejuk yang ada bulu2. macam di alaska kau...best
nak ambik gambo dia, dia yang kalut nak pegang camera..ish ish
dalam kedai cenderamata
ambik gambo sendirilah
di ekspo depan otel ja. murah harga tapi banyak bangsa asing yang meniaga
pemandangan dari tingkap otel...tak best langsung
cantik kan buah stoberi tu
baj t shert tu beli kat sini. rm13 je
wan hashim dan ank2 nya ada dalam kedai tu..hahaha
cak.....
wira buat muka bengis cam singa kat atas tu
berehat-rehat lu. azizul pun tak meragam
dengn wira yang ensem
besarnya cactus ni
cantik dak bunga ni
sunflower ni kecik aje
benda ni kat penang pun ada
naik jangan tak naik ye azizul
gula2 kapas. last sekali buang dalam tong sampah ja. nak beli bukan main melompat2 dia.
rose kaler olen
patung kat belakang tu harga rm1800. ada org nak beli tak
Antara cenderamata yang dibeli...murah dan cantik
ok, sekian dulu dari saya.
Weh besnya jln cameron
ReplyDelete