Keajaiban terselindung
TUJUH keajaiban dunia iaitu Taj Mahal di India, Colosseum (Rom), tembok Besar Cina, Petra(Jordan). Chichen Itza (Mexico), Machu Picchu (Peru) dan Patung Jesus di Brazil, sudah biasa diperkatakan. Namun jarang sekali dibicarakan tentang keajaiban alam yang ada kalanya sukar untuk ditafsirkan sama ada secara ilmiah mahupun saintifik. Kejadian alam ini kebanyakkannya berlaku selepas melali proses perubahan alam yang panjang. Perubahan alam itu berupaya membentuk satu hasil yang begitu mempesona dan menakjubkan. Berikut antara hasil kejadian alam yang cukup memukau namun belum diketahui ramai.
- Air Pancut Panas
TERLETAK di lembah Hualapai, Nevada, AS, di sini air pancut panas menyembur keluar melalui batu batan yang membentuk bukit2 kecil. Kawasan ini dijumpai secara tidak sengaja pada 1916, oleh pemilik tanah yang sedang menggali punca air dengan harapang menjadikannya kawasan pertanian. Akibat proses penggalian secara berterusan sehingga mencecah kawasan kerak bumi yang panas, telah mengakibatkan terbentuknya geyser unik ini.
- Gunung Erebus
IA merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di bumi dan terletak di benua Antartika. Ketinggiannya mencecah empat kilometer dari permukaan laut. Terdapat ratusan puncak ais di Gunung Erebus yang mengeluarkan gas panas melalui rekahan dan retakan pada batuan gunung berapi yang mengelilingi puncak Erebus. Menara-menara tersebut memiliki ketinggian sekitar 20 meter. Menariknya hanya di gunung inilah lahar panas bertemu dengan kedinginan ais danmenciptakan satu pemandangan yang sangat unik dan menakjubkan.
- Mata Sahara
Terletak di bahagian barat daya gurun sahara, Mauritania
- Taman Negara Komodo
Terletak di antara Pulau Flores di NusaTenggara Timur
Ikuti sambungannya di Keajaiban Alam siri 2
WAH NANI, MINAT KAT TMPT2 CAMNI.CANTIK KAN?APA KATA PEBESAQ SIKIT GAMBAQ2 TU...JELAS SIKIT.
ReplyDeleteok......tak ingat nak pesaq hari tu.....nanti i pebesaq
ReplyDelete