Friday, 20 January 2012

memori 2009

pagi ni bangun 6.30 pagi. azizul merengek2 nak susu. dengaq ibu goncang botol, tangan terus sua nak susu. sian dia, dahaga la tu.

cerita ni aku nak tulis untuk ingatan aku sahaja. aku takut jika tidak diabadikan di mana2, aku tak ada idea bila nak bercerita pada anak-anak. maklumlah ingatan manusia amat pendek. mana bisa boleh diingat andai satu hari nanti wira akan bertanya. azizul mungkin tak mengenali dirinya, tapi wira pernah merasai kasih sayang nya.

jejariku terus mencoret bait-bait ini selepas wira dah tak ingat peristiwa hampir 3 tahun lalu. dia dah lupa siapa yang terlantar di hospital. kalau 3 tahun lalu dia akan pantas bercerita kepada org lain paktihnya jatuh flat tingkat tiga. dia juga akan bercerita dia tengok paktihnya disemadikan di dalam liang lahad. ingatan budak 3 tahun takkan sama denga ingatan kita. ingatan mereka akan hilang di telan waktu. sebab itulah aku catatkan di sini supaya aku sendiri tidak akan lupa menitipkan kisah abangku kepada mereka. aku juga sentiasa ingatkan mereka untuk sedekahkan al-fatihah. wira yang petah boleh membaca alfatihah dengan bimbingnku. kalau hari2 dibimbing, insyaallah dia akan dapat ingat.

20 April 2009, aku dikejutkan dengan berita abangku terjatuh dari flat semasa bekerja. semasa kejadian  pada pukul 6.30 ptg itu, ada 2 orang yang bekerja bersama-sama abangku. seorang tidak jatuh kerana semasa kejadian sedang berada di dalam tandas. abangku dan kawannya yg seorang lagi terjatuh kerana kayu yang dipijak patah. abangku jatuh dahulu, kawannya menghempap tubuh abangku. kawannya hanya patah kaki. tapi abangku telah patah tengkuk dan tengkorak kepala retak. 2 org kawannya telah berumahtangga dan mempunyai anak.

21 April, kak wardati iaitu salah seorang guru di sekolahku, telah kembali ke rahmatullah akibat kanser payudara.

22 April, pengasuh wira telah diceraikan oleh suaminya. kak roziah (pengasuh wira di bayan lepas) kelihatan tabah tapi aku yang meraung di depannya, mungkin jiwaku sarat menanggung dengan segala dugaan yang bertimpa2 dalam masa 3 hari. jadi aku luahkan jua dengan tangisan yang tidak dapat ditahan2 lagi.

Seketika, seakan hilang akalku untuk berfikir tentang takdir Allah. kenapa abangku? kenapa aku? aku mempertikaikan ketentuan Tuhan. Ya Allah, ampuni aku....Aku manusia lemah dan jahil. kejadian yang menimpa bertalu2 menyebabkan aku lalai bahawa dunia ini di bawah kekuasaanNya. Abangku hanya pinjaman daripada Allah SWT untuk kami. tiba masanya dia akan mengambil semula hakNya. aku lupa tentang itu.Astaghfirullahal'azim.....Astaghfirullahal'azim.....Astaghfirullahal'azim.....


Sepanjang 6 bulan, jiwaku tidak tenteram. pukul 12tgh kalau tidak ada kelas, aku terus menuju ke hospital. kawan-kawan banyak membantuku. terima kasih kawan2 di sk bayan baru. mereka amat memahami masalahku dan membantu sedaya upaya mereka. kata-kata peransang dari  mereka melegakan jiwaku. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan suami seperti suamiku. dia menjaga abangku seperti menjaga abangnya sendiri. dan wira, terpaksa ku tinggalkan di rumah pengasuh seawal 6 pagi, dan akan mengambilnyaselepas pulang dr hospital seleps maghrib.


selepas ketiadaannya, aku baru teringat yang kami berdua pernah berdepan dengan maut. tp Allah berikan akal dan tenaga kepadanya untuk berusaha mengelakkan kami dari ditimpa kecelakaan. masa tu hari pertama aku untuk mengambil PMR. Dia mengahantar aku dengan moto. di pertengahan jalan, kami berselisih dengan lori treler 16 tayar yang amat laju. entah macam mana, tayar motor pancit dan moto kami dah condong ke bawah tayar. nauzubillah, aku terpaku tidak terkata apa. Dia berusaha gigih agar moto itu tidak tumbang terus dan tersepit di celah2 tayar lori. Subhanallah, maha suci Allah, moto kami tidak terbabas.

Sepertimana dia bertarung untuk mengelakkan kami dari ditimpa kecelakaan, begitulah dia bertarung dengan kesakitan yang Allah uji kepadanya. Begitu tabah dan bersemangat dia untuk pulih. kami beri dia kata2 semangat. walaupun doktor tidak memberikan pengharapan, kami tidak pernah berputus asa. ibuku tetap memberi kata2 peransang kepadanya. dan dia mengangguk2 kepalanya. kami tahu dia akan pergi cuma bila..., kami tidak tahu. tiada kes di malaysia pesakit yang patah tengkuk dapat meneruskan kehidupannya, tp kami tetap berdoa dan berharap agar dia sembuh.Kekuasaan Allah mengatasi batas pemikiran manusia.

akibat kemalangan itu, saraf abangku mengalami kerosakan yang memberi kesan kepd paru2. doktor tidak dapat membuat pembedahan untuk tengkuknya patah kerana paru2 tidak elok. kami tidak berputus asa. kami cuba pula dengn perubatan tradisional.alhamdulillah, tengkuk yang patah telah sembuh dan berkembang. tapi sarafnya tidak elok lagi. sebab itulah dia boleh menggerakkan kepala. sebelum tulang tengkuk sembuh, dia hanya terbaring tegak. cuma dapat mengerling dengan ekor mata.

Luka2 akibat di tusuk jarum picagari tidak pulih. luka tebukan di leher juga tidak makin mengecil, malah makin membesar. itu tandanya sel2 dalam badan tidak  berkembang.tapi dia seorang insan yang dikurniakan ketabahan dan jiwa yang kental. dia tetap bertahan. dia tidak koma sebaliknya terjaga dan melihat sekeliling. hanya dpat menggerak-gerakkan kepala sahaja.dari paras tengkuk ke bawah sudah lumpuh dan tiada deria sakit lagi. semuanya tidak terasa apa-apa. hari-hari aku menangis dalam lif hospital. saat nak meninggalkannya , aku pasti menangis. oh....Tuhan, kembalikan kesihatan abangku. itulah doaku kepd Allah setiap hari.

Selepas terlantar hampir 6 bulan di hospital, pada pukul 2.30 pagi tarikh 13 oktober 2009, dia pergi membawa kesakitan dan kenangan terindah sepanjang aku bersamanya selama 28 tahun. Di sisinya, menanti penuh setia abangku yang sulong, yang tidak punya harta, tetapi tetap membantu dengan mencurahkan masa dan tenaganya menjaganya, dan juga di sisinya, si ibu tua yang begitu tabah, setiap hari mendoakan kesihatan anaknya.

Para jururawat seperti sn Azura, (dan ramai lagi, dah lupa nama mereka) telah kami anggap sebagai keluarga sendiri. pelukan mereka sewaktu mak mengiringi jenazah terasa begitu erat. mereka memohon maaf andai ada kesilapan yang mereka lakukan. Bagi kami, mereka tiada kesilapan, tetapi banyak membantu.

Memasuki pintu lif, terdengar suara mak berbisik perlahan....." hari ni kita balik sama ye, nak"

hari2 abangku ajak balik. tapi mana boleh dia balik dengan keadaannya yang tidak stabil itu. mak hanya bagi nasihat, 'bagi sembuh dulu baru boleh balik rumah, mak pun nak balik'. dan dia seperti selalunya, mengangguk lemah.......kasihan dan tersentuh hatiku....entah kau boleh balik atau tidak dengan kesihatan yang baik, abangku sayang...hanya Tuhan yang tahu. Hari ini dia pulang...pulang dengan aman ke rumah ibu bapanya...seterusnya akan berangkat jauh, sejauh-jauhnya meninggalkan kami. Tiada lagi senyuman dan gelak tawa serta usikan2 kepada anak2 saudaranya.

 aku amat rapat dengannya. dan dia paling banyak membantuku dari segi kewangan dan semangat. menasihati aku supaya menerima tawaran uitm. aku tak mau sebab aku kecewa selepas gagal matriks. kalau aku terima tawaran itu,apakah pekerjaan aku sekarang? di mana aku berada sekarang? yang penting, aku dapat menjaganya selama 6 bulan di hospital. aku yang menguruskan jadual untuk ahli keluargaku menjaganya pada waktu mlm. pada wktu siang , aku, ayah dan mak sudah pasti berada di sisinya.

Dia seorang yang bijak. amat menghormati org tua dan ibu bapa ku.

Dia memang baik, tidak banyak bercakap dan pemalu. sebab itulah dia tak kahwin walaupun sudah berusia 34 tahun. itulah takdir Allah untuk dirinya.

Selepas ketiadaannya aku baru teringat, dia seakan2 menghilang dari pandangan . Kebiasaannya, setiap kali pulang ke kampung, dia akan duduk di sofa menonton tv. aku akan bersalam dengannya sebelum kembali semula ke rumah kami. kali terakhir kami pulang ke kampung sebelum kemalangan itu aku tidak bersalam dengannya sebab dia tiada di sofa. aku mencarinya di setiap corok rumah. tapi tidak nampak kelibatnya. motonya ada di luar dan dia tidak keluar ke mana2. waktu makan tengahari tadi pun dia tidak kelihatan. sedangkan masa menghidng dia ada. ku pelawa dia makan dan dia kata dia nak makan. tp masa makan dia tk muncul lagi. aku mencarinya lagi, kelibatnya tidak nampak juga.

MasyaAllah, selepas dia pergi baru aku sedar, itu tandanya dia akan pergi meninggalkan kami. Aku meredhai pemergiannya dan semuga rohnya dicucuri rahmat dan Allah menempatkan beliau di tempat org2 yang beriman. beliau seorang yag bertuah kerana memiliki doa ayah dan mak. ayah dan mak sentiasa  mendoakan beliau. walaupun dia tiada, aku tidak akan lupakan kenangan bersama. kerana dialah, abangku di dunia dan di akhirat. di dunia kami tidak berpeluang untuk bersama, tapi di akhirat kami akan bersama jua. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang selama 28 tahun merasai kasih sayangnya di dunia ini .

Al-fatihah buat Allahyarham Mohamad Saman bin Dahaman.(04.08.1974 - 13.10.2009)

3 comments: