Sunday, 15 April 2012

Kalut

Wah lama sangat rasanya mami tak update blog ni. tak sempat nak curi masa pun untuk menulis. namun sempat lagi membaca blog kawan2. cuma tak berkesempatan untuk mengomen. dalam kesibukan ini, nak mengomen apa pun tak tau. Idea hilang terus. huhuhu

semalam 14/4 ada kelas ppg di ipg tuanku bainun. Tugasan dah hantar sikit. ada lagi baki2. pening tol. balik kelas semalam singgah pasar malam beli ikan. sedapny beli ikan tenggiri. cadangnya nak buat gulai la tenggiri tu. sekali rempah dan santan lupa beli. akhirnya digoreng sahaja. seperti kata iklan, goreng pun sodap. hahaha

Tentang anak2, syukur alhamdulillah, Allah lapangkan kami dengan memberi kefahaman kepada mereka. mami boleh menaip tugasan dalam leptop ni, sambil depa menonton TV. Syukur ya Allah, sememangnya anak2ku amat memahami walaupun jijun yng baru 2 tahun. oh ya, jijun baru sja sambut ulang tahun ke 2 pada 2/4 baru-baru ni.

Macam mana boleh tak kacau ibunya tu? hahha, sekali ibunya jerit, berlarilah si anak yang patuh tu ke lain. 2 3 kali kena marah, terus tak kacau.. huhuhuhu, kawan2 jgn tiru macam saya. kesian tau. tapi nak buat macammana. mami tak boleh tidur lewat. badan lemah. tidur lewat mesti akan diserang demam. anak2, please understand me, ok? cewahhh

Azizul dn wira juga diserang demam semalam. risaunya. dalam kelas memang teringat kat depa la. apapun, mami tetap bersyukur kerana diberi peluang merasai kekalutan ini. tidaklah kita selalu leka kan...


3 comments:

  1. happy birthday jiju...maaf sgt acik pae terlepas pandang....mogacjd anak baik dan pintar.amin....
    nani,kuatkan smgat ye,pae pn kdg tensen juga tp nk wat mcmana ka.Allah shj penolong kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, kami pun tak sempat buat majlis. sibuk sikit. tp ada buat jamuan skt2 kat sek. kat rumah kami beli kek 4 slice dari sct recipe. ok la tu kan

      Delete
    2. oh ok sangat dah tu...hehe

      Delete