8-9 hb 10 2011, skbi buat lawatan pi hatyai. punya la seksa lagi tak lepas pi. macam2 dugaan. ada yang tak mau pi, tp banyak songeh, susahkan orang. Alhamdulillah selepas pelbagai halangan , berjaya juga kami ke sana. 2 minggu sebelum pergi, berlaku kejadian bom di golok. memang kecut perut tahap atramen gaia la. ingat kan dah tak jadi...Akhirnya Allah permudahkan juga...
sebahagian geng rombongan
pukul 4 pagi dah bertolak ke sekolah...happening sungguh pertama kali jalan naik bas.. walaupun anak2 kena tinggal, kena cekalkan hati juga. bukan taknak bawa depa, kalau bawa kesian la pulak.pi naik bas. masa org tak sama ngan masa tiduq depa. nanti atas bas dok merengek2 pulak. lagipun depa selalu kami bawa dah. bagi la can mami ngn dedi nak jalan..hahahaha. terima kasih kat makdak pengasuh sebab mau jaga depa yang genius2 tu. kwn2 bw habis anak2 depa yang kecik, memang penat la tgk depa.
sampai di border danok dalam kul 8.00 pagi. awal dari jangkaan. bagusla. tak kalut sangat. yang penting tabik spring kat pengelola rombongan iaitu cikgu don. bagus pengurusan dia. cepat dan lancar. walaupun banyak budak2 kecik, tp tak ada masalah besar pun.
kami terus ke hatyai. singgah di nora plaza. aku beli kasut kulit kambing. kunun2 la. murah la juga dalam 200 bath (RM20). depan nora plaza ada seven e. kami pi beli berus n ubat gigi sebab lupa bawa dari rumah. beli cap colgate. tawakal ja la. HALAL. pastu ke kilang gajus. habis 900 batt. pk balik beli gajus apa sampai nak dekat RM100...huhuhu
 |
sami restoran |
kemudian bertolak ke sami restoran untuk makan tenghari. tengah makan hujan lebat dengan angin kencang. solat kemudian tunggu hujan teduh untuk ke samila beach di songhkla.
 |
sebelum naik keta kabel...lif |
kami pi naik kereta kabel dulu. pemandangan biasa2 ja. bukit tu tempat org bayaq niat kot. org budhha leh semayang sebab ada tokong besar kat atas tu....sampai di samila beach hujan masih renyai. jalan2 sat ja terus naik bas ke hatyai balik sebab nak pi floathing market. pastu terus balik otel..penat gila hari pertama ni...tp bestttt.
sampai otel mandi, rehat dan solat, turun balik jalan2 depan otel.
esoknya kul 9 turunsarapan. terserempak dengan perarakan kebudayaan. siap ada sami yang doa kan raja depa panjang umo dan murah rezeki. berbeza di malaysia, raja boleh di buat main2. agong di kutuk dan dicerca. situasi ini amat tidak sihat. org melayu perlu hormat agung kerana agung tunggak kedaulatan negara....
pukul 11 checkout otel, bergerak ke bazar menaiki tuk-tuk...pengalaman menarik naik tuk-tuk. bersama kawan2 yang gila2...memang happening habis la. di bazar beli selipar 2 helai pulak...ish, perabih duit tol...wan hashim pun tak bangkang...iye..iye aje....pukul 2 kami bertolak ke danok. pi cop paspot kat imigresen, shopping pulak di danok. kami habiskan sisa2 duit siam kat danok. kawan2 pakat penat dan habis duit. dalam pukul 5 aku dan wan hashim pun pergi dekat bas...mak ai, semua ada atas bas dah. janji 5.15, kami tak lewat, depa yang awai.maklumlah penat dan duit pun dah kering.....kihkiihkih.
 |
aiskrim kelapa..tak rasa pun sebab tak lalu |
 |
samila beach |
 |
floathing market |
 |
budak2 perarakan |
 |
naik tuk tuk ke bazar |
 |
geng robongan depan otel |
 |
geng lelaki |
 |
penat |
pukul 6 dah lepas border....tak sabar nak jumpa anak2. babai hatyai....
wah nani besnya g jalan.lama tak apdet blog, u bz ke?hihi
ReplyDeletebz...pastu taktau nak taip apae..hehehe
ReplyDelete