Salam takzim penuh kasih sayang
Kelas pemulihan aku baru. so aku dapat kelas tu macam kelas kosong yang terbiar je. aku nak hias pakai duti sendiri, mana nak cekau duit. takat 10 20 bleh la tahan. kalu nak hias cantik2 maunya ratus2.
2 org ni bukan budak pemulihan. tapi aku pinjam untuk tlg2. pengawas lelaki tu anak penyeponsor aku. ambik ati la kunun2 ni.
lawanya bacdrop aku ni. kahkahkah
so, aku wat kertas kerja. kunu nak wat minggu jalinan kasih la namanya ni. pelbagai rintangan la. dengan GPK dok bagi rilif, Gb pun taknak kasi duit. aku tabahakan hati, minta pada org perseorangan. Alhamdulillah, niat yang baik pasti akan mendapat pertolongan Allah. denngan kertas kerja yang tak seberapa dapatla aku sikit duit.
banyak aktiviti yang aku buat. duit dapat sehari sebelum aku buat program. so, bahan2nya save la sikit. banyak bahan yang aku guna, kena keluarkan duit sendiri .
Aktiviti tahun2
Aktiviti tahun 1
Aktiviti tahun 3
mesti org tertanya2, mana la budak2 aku yang selalu kena marah ngan aku tu...hahaha
ni Mohamad Shamil. murid tahun 3. dia lemah sikit. tp bukan tahap teruk.malas je lebih.
Mohamad mutia'aq, merupakan anak ustazah di sekolah itu thaun lepas. thn ni mak dia pi PPD. ingatkanmak dia ustazah, aku minta la sponsor kain langsir. punya berkira taknak kasi. cait....
Adawiyah. budak ni pandai. tapi banyak cakapnya, ya tuhan ...tak larat aku nak dengaq...tak kuase u
ha, sapa lah budak ni......jeng jeng jeng
ha nila budak ni kot. sukenya dia.nama dia hafiz. macam mana la cikgu mate kelas dia cop dia linus tegar. budak ni sangat ok. bukan budak linus tegar pun.apa da bolo la cikgu mate dia tu..(hahaha, kalau nak tau cikgu mate dia adalah seorang guru yang bersifat keibuan, kata nazir yang memantau sekolah kami hari tu...cit...pooodah!)
Ni si haikal. aku boring tol ngan budak ni masa mula2 ajar dia. huruf abc tak kenai. nombor pun takat 4 ja...la ni.....dah kenai nombor dan dah boleh baca. sebab sapa...sebab cikgu yang garang ni la. yang takdak sifat keibuan ni.....
apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang2. en amir, gb, cikgu don, bkg dan orag perseorangan yang lain. semuanya demi anak bangsa ku yang tercinta. harus diingat, jangan menilai dari segi kelembutan seseorang, org yang kasar macam aku pun layak jadi cikgu juga. tak semua budak boleh berjaya kalau kita berlembut. tapi kalau kita tegas dan komited, ini lah hasilnya. pada anak2 murid yang gambar dia takde, maafkan cikgu ye. tak larat dah nak upload. ngantuk pulak. nak rehat2 depan tv sat. apa apa pun, cikgu sayang anda semua..firdaus, nazmizal, firdaus alif, haikal,ekhwan, suhada, lengas,amilia,siti dan yang lain2.... doakaan kejayaan cikgu dan anak2 cikgu sepertimana cikgu sentiasa mendoakan kejayaan hampa semua...
Wassalam.
Awat tak habaq, leh pae sponsor sikit2.
ReplyDeletethn depan i minta kat u plak..hahaha
ReplyDelete