Alhamdulillah....27.11.2011 genap enam thn aku bersama wan hashim. kami disatukan pada tarikh yang sama pada tahun 2005....perkahwinan kami diserikan lagi dengan kehadiran Wira pd tahun 2006. Pada tahun 2010, kemeriahan lebih terasa dengan lahirnya Azizul. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan rezeki dan kebahagiaan kepada ku.
Allah pernah menduga kami. dengan bantuan dari_Nya juga kami berjaya mengharungi. Ujian paling berat yang kami rasa adalah sewaktu arwah abang Mid terlantar 6 bulan di GH, sebelum penciptanya menjemput beliau. dalam dugaan itu, tuhan selitkan rezeki kepada kami. Tuhan ambil Abang Mid, DIA gantikan dengan Azizul. sewaktu arwah pergi, Azizul 4 bulan di dalam perutku.....ALLAH MAHA BESAR ...ALLAH MAHA BESAR.... Allah tidak akan menduga hambanya melebihi kemampuan hambanya untukmenanggung....
eh.....jadi sedih pulak. takpala kot, selingan. hehehe
sebenaqnya aku nak cerita pasai lain. bila buka fb, en wan hashim wish kat aku...huhuhu, syahdunya. dia memang sentiasa ingat tarikh2 penting dalam hidup kami. setiap kali besday i ngan anak2, dia yang pertama akan rancang nak buat apa...aku ni lembab sikit bab2 ni.
kami berjumpa di SKBB. lepas dipostingkan ke SKBB, aku tengah solo lagi. kat maktab dulu semua pompuan beb, tak dan nak cari pakwe. tapi kalau maktab campur gender, pun aku solo gak. sapa la yang nak kat aku ni. kasaq, loqlaq, semua ada la. aku ingat dah takdak org mau kat aku ni. Alhamdulillah, kalau dah jodoh tu tetap ada. Kami dipertemukan jua. aku rasa aku yang ngorat laki aku kot...hihihi(jgn habaq kat org tau...)
masih segar kenangan di prasekolah....Wan hashim selalu singgah tau....sampai PPM naik cemuih. aku plak suka pi bilik guru sebab nak ushar wan hashim...eh, aku ka tu...buruk perangai nya..hahaha
semuanya berlaku dalam tahun 2005. bulan februari kami mula kawan. bulan ogos kami bertunang dan nikah pada hari ni....hehehe
selamat ulangtahun perkahwinan yg keenam ya nani.pae doa semoga hampa bahagia dan murah rezeki.amin Ya Allah.
ReplyDelete